Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Muzium Koleksi Reka Bentuk Terkenal Itali Pamerkan Fiat 500 Sebagai Koleksi Terpenting – Ini Sejarahnya..

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lebih daripada sebulan yang lalu, ADI Design Museum telah mula dibuka kepada orang ramai.  Muzium ini menyediakan ruang eksklusif bagi koleksi tetap yang menerima anugerah reka bentuk yang tertua dan paling berwibawa dunia iaitu "Compasso d'Oro" yang diwujudkan pada tahun 1954. 

 

Muzium yang terletak di Piazza Compasso d’Oro, Milano, Itali ini  menempatkan lebih daripada 2,300 produk dan projek termasuklah 350 buah koleksi yang menerima anugerah berprestij.

 

ADI Design Museum telah dibina dengan cara pengubahsuaian dan penggunaan sebaik mungkin elemen-elemen yang diambil daripada sebuah tapak arkeologi perindustrian yang wujud pada tahun 1930-an. Tapak ini pada asalnya digunakan sebagai tempat penyimpanan kereta kuda sebelum menjadi kilang pengedaran elektrik.  Muzium ini meliputi kawasan yang bersaiz 5,000 meter persegi (53820 kaki persegi). Antara ruang-ruang yang ada ialah ruang pameran, perkhidmatan (kafe, kedai buku, tempat perjumpaan) dan conservatorship muzium serta pejabat.

 

Untuk mengakses muzium, orang awam boleh masuk melalui taman awamnya yang juga telah menerima anugerah rekaan “Compasso d’Oro."

 

Mengenai koleksi yang dipamerkan, salah satunya ialah Fiat 500, penerima anugerah pada tahun 1959 dan 2011. 


Mewakili "Cinquino" ialah dua model Fiat 500; generasi pertama, model tahun 1957 dan generasi kedua, model tahun 2007. 

Model 2007 ialah sebahagian daripada koleksi warisan yang menempatkan kereta-kereta seperti Alfa Romeo, Fiat, Lancia dan Abarth.  Tahukah anda bahawa model ini diperkenalkan tepat 50 tahun selepas Fiat 500 yang pertama?



"500 ialah ikon gaya Itali yang tidak pernah ketinggalan zaman. Selama beberapa dekad, ia telah memenangi hati peminat yang tidak terkira ramainya di seluruh dunia," ujar pereka bentuk yang terkenal dunia dan juga 'bapa' kepada Fiat 500 2007 dan ketua bahagian warisan muzium, Roberto Giolito. 

"Sejak tahun 1956, Fiat 500 telah menyampaikan sentuhan warna dan senyuman dalam kehidupan seharian pelanggan di seluruh pelusuk dunia, model ini menjadi duta Itali dan juga simbol reka bentuk buatan Itali."


Sejarah 500 bermula daripada strategi pembangunan dan pembaharuan Fiat selepas Perang Dunia II, cetusan fikiran seorang pereka terkenal, Dante Giacosa. 

 

Pengenalan Fiat 500 yang pertama pada musim panas 1957 telah dilakukan untuk mencipta kembali kejayaan yang dicapai melalui model sebelumnya, "Topolino."

 

Antara ciri penting Fiat 500 yang awal adalah termasuk badan kereta swasokong, enjin di bahagian belakang kereta dan empat roda bebas.  Enjin yang digunakan ialah enjin dua silinder dingin udara, yang pertama bagi Fiat. 

 

Model ini dihasilkan dalam lima siri berbeza sehingga mencapai 4 juta unit pada tahun 1975.

 

Fiat 500 telah menerima pelbagai anugerah dan antaranya ialah “Car of the Year” dan juga “Compasso d’Oro”.

 

Kejayaan kenderaan ini dibuktikan lagi apabila Fiat 500 turut dijadikan koleksi tetap di Museum of Modern Art (MoMA), New York pada tahun 2017.  Bukan itu sahaja, model generasi kedua tahun 2007 ini juga menjadi lambang kepada gaya dan fesyen Itali.

 

Pada tahun 2020, Fiat 500  generasi ketiga telah diperkenalkan sebagai model elektrik sepenuhnya yang pertama bagi jenama ini.

Gallery

Tag:

Fiat 500
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026