- Berita
- Pandu Uji
- Sedang Mencari MPV Kompak? Mitsubishi Xpander Ada Jawapannya!
Sedang Mencari MPV Kompak? Mitsubishi Xpander Ada Jawapannya!
Pasukan media Caricarz baru-baru ini, berpeluang memandu uji sebuah Mitsubishi Xpander yang dipinjamkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd di Malaysia.
Dari segi penampilan dan fungsi, kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk dari Mitsubishi ini, saya boleh katakan kelebihan kereta ini adalah di luar jangkaan anda!
Jika anda sedang mencari sebuah kereta keluarga maka, Xpander ini boleh disimpan di dalam senarai anda.
Biarpun, Xpander ini dilancarkan pada Oktober tahun lalu,Mitsubishi menerima jumlah tempahan di luar jangkaan. Untuk makluman anda, hanya satu varian Xpander ditawarkan di Malaysia dan harganya dikatakan amat berbaloi antara kenderaan MPV.
Ia jual pada harga RM91,368.75 tetapi tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Kesemua Mitsubishi Xpander yang dijual ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan mereka di Pekan, Pahang.
Jentera ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter MIVEC DOHC dan dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan sekali gus mampu menghamburkan kuasa 105 kuasa kuda dan tork 141 Nm.
Sekarang kini bincangkan faktor utama di sebalik kepopularan Xpander ini!
Selepas pandu uji, penulis yakin bahawa penampilannya yang agak sporty menyebabkan Ia menjadi buruan terutamanya rekaan Perisai Dinamik di bahagian hadapan menyebabkan ia kelihatan sangat “garang”.
Perkara ini turut diakui pengacara video Caricarz, Ian Cheang.
“Kereta ini seolah-olah sama seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), rangka kenderaan yang dinamik selain ditawarkan pada harga yang berpatutan. Jadi, sudah pasti ia menjadi pilihan ramai,” katanya.
Perkara lain yang perlu disebut penulis ialah reka bentuk lampu hadapannya. Ia yang berbentuk berlian nyata menarik perhatian selain bahagian atasnya pula dihiasi dengan lampu sensor adaptif.
Ia nyata berbeza dengan lampu hadapan kereta lain dan pada masa sama jentera ini menunjukkan ‘kekacakan luarannya’.
Menjengah bahagian dalamannya, ia hadir dengan roda stereng pelbagai fungsi, skrin sentuh 9-inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto termasuk sistem kamera pandangan panorama 360 darjah.
Hasil pemanduan mendapati, jentera ini mudah dibawa selain sangat menenangkan fikiran pemandunya.
Menurut penulis ini, bahagian terbaik yang terdapat pada kereta ini ialah ruang simpanan yang memadai.
Selain itu, ruang simpanan bagasi di belakang juga dilihat amat luas dan apabila barisan tempat duduk kedua dan ketiga dilipat, ia menawarkan ruang yang lebih besar.
Percaya atau tidak, ia mampu memuatkan sebuah basikal dewasa!
Lebih menarik, terdapat beberapa ruang simpanan lain untuk menyimpan sarung tangan. Ruang penyimpanan di bahagian sandar tangan dan di panel pintu membolehkan anda menyimpan barangan lain bersaiz kecil.
Tidak mustahi. Ruang simpanan kereta ini dilihat mampu menewaskan kebanyakan model kereta lain.
Tahniah Mitsubishi!
Perkara lain yang wajar dipuji ialah Jarak antara badan bawah Xpander dengan tanah adalah setinggi 205mm sekali gus menawarkan jarak penglihatan pemanduan yang lebih baik dan merupakan satu kelebihan kepada individu yang pendek terutamanya wanita!
Selain itu, sterengnya agak ringan dan mudah dikawal. Biarpun, Xpander ini kelihatan agak besar untuk kaum Hawa tetapi ia sememangnya sesuai untuk wanita.
Setelah memuji jentera ini dengan menghuraikan kelebihannya tetapi apakah kekurangannya?
Penulis berpendapat ia mempunyai kelemahan dari segi ciri keselamatan, manakan tidak ia Cuma didatangkan dengan dua beg udara. Transmisi automotik dengan hanya empat kelajuan dilihat salah satu teknologi yang agak lama.
Bagaimanapun, penulis terpaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ian di dalam videonya.
“Sayang sekali, kereta ini tidak memiliki sistem keselamatan pintar aktif tetapi kereta ini adalah kereta keluarga praktikal dan ekonomi.
“Dengan harga ini, jadi kiat tidak boleh mengharapkan ia memiliki semua ciri keselamatan,” tambahnya.
Walaupun, kenderaan ini dilengkapi dengan enjin petrol MIVEC empat silinder, ia terasa sedikit lemah ketika membawa penumpang yang ramai.
Secara keseluruhannya, penulis membeli 6.5 daripada 10 jumlah skor kerana kereta ini adalah pilihan terbaik sebagai kereta keluarga.
Bagaimanapun, bab kelebihan dan kekurangan Xpander, penulis berpendapat bahawa setiap orang memiliki pilihan yang berbeza.
Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman pandu uji Xpander, jangan lupa menonton video pandu uji pasukan kami!
Gallery

































































































Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari