Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kumpulan Renault mempamerkan rekaan corak kereta sport ikoniknya, Alpine A110 yang dikatakan tiada tolok tandingannya dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.

Syarikat itu telah memeterai satu kolaborasi dengan artis Argentina, Felipe Pantone pada April lalu. Hasil kerjasama terbaharu itu dikenali sebagai  ‘Alpine F1 x Felipe Pantone’.

Ini bermakna, Pantone akan mempersembahkan hasil kreatifnya pada Alpine. Jentera berkenaan kini dipamerkan di Atelier Renault yang dikhaskan untuk Alpine.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Alpine, Cedric Journel berkata,  pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Pantone buat kali kedua.

Pantone dikatakan akan mempersembahkan bakatnya memandangkan hasil karyanya nyata  kreatif dan luar biasa. 

“Pilihan warna, bentuk geometri dan kesan optik sekali gus menonjolkan A110 dalam pancaran cahaya baharu. Hasil keputusan ini menghasilkan karya seni  dilihat sangat moden, dinamik dan menawan,” katanya

Pantone dikatakan mengambil masa yang lama  untuk mempelajari mengenai jenama, sejarah dan pemanduan kereta coupe yang sporty ini.

Kerja-kerja mengecat kerangka Alpine A110 dijalankan dengan menggunakan tangan menyebabkan ia akan mengambil beberapa minggu untuk siap dengan sepenuhnya.

Gambaran keseluruhan menunjukkan garisan grafik diukir berdasarkan bentuk A110 sekali gus menampilkan elemen kelajuan biarpun kenderaan itu hakikatnya, tidak bergerak.

Alpine A110 juga tampil dengan warna signatur artis itu iaitu hitam dan putih.

Bagi menambahkan lagi elemen eksklusifnya, setiap tiga model yang dijual akan menampilkan seni variasi grafik yang halus bagi menampakkan setiap model itu kelihatan unik.

“Idea saya pada A110 sebenarnya membangkitkan deria ultra dinamisme. Visual kelajuan ini adalah sesuatu yang saya kaji beberapa tahun lalu dan saya berasa ia sememangnya sesuatu untuk kereta ini.

“Ia menekankan reka bentuk yang cemerlang dengan penampilan teknologi pantas,” kata Pantone.

Hasil karya Alpine A110 adalah berdasarkan versi A100S dimana ia memiliki daya kuasa yang hebat sekali gus mampu menghamburkan 292 kuasa kuda.

Bagi meraikan kolaborasi buat kali kedua ini, pasukan Alpine dikatakan menjenamakan warna Patone dengan elemen grafik yang khas.

Setakat ini, hanya tiga Alpine A110 dihasilkan setakat ini. Setiap model didatangkan dengan tag harga €125,000  (RM 616,935) termasuk cukai.

Biarpun, ia diluluskan untuk kegunaan di jalan raya, hasil karya seni ini sebenarnya ditujukan kepada pengumpul tegar kereta cantik dan unik!



Gallery

Tag:

Renault
Alpine
A110
Alpine A110
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta

Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.

06-04-2025
Berita Auto

Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi

Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.

20-03-2025
EV

Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh

Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.

03-02-2025
EV

Ikon Klasik Muncul Semula

Ini dia Renault 5 namun hadir dalam versi elektrik.

27-02-2024
Global

Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo

Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.

14-07-2023
Global

Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...

Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.

27-09-2022
Kereta Baru

Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K

Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.

15-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026