Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Strategi Baharu Subaru Untuk Bersaing Dalam Pasaran EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Subaru merancang untuk menubuhkan fasiliti penyelidikan dan pembangunan setinggi tujuh tingkat bernilai USD272 juta di Gunma, wilayah yang terletak di sebelah utara Tokyo. Perancangan ini dibuat sebagai persediaan untuk bersaing dengan pengeluar kereta EV yang lain pada masa akan datang.

 

Fasiliti ini dijangka akan dibuka pada tahun 2024 dan bakal membawa masuk sehingga 2,800 orang pekerja dan jurutera. Kewujudan fasiliti ini dapat membantu kakitangan bekerja dengan lebih efisien di bawah satu bumbung yang sama.

 

Berkenaan dengan rancangan jangka panjang syarikat, Subaru menyasarkan supaya EV yang dihasilkan dapat membekalkan sehingga 40 peratus daripada jualan keseluruhan global pada penghujung dekad ini.  Model elektrik pertama Subaru iaitu Solterra, bakal dilancarkan tahun depan di negara Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan China. 



Solterra dibangunkan hasil kerjasama dengan Toyota dan dibina berdasarkan platform khas EV, e-Subaru Global Platform, teknologi yang seangkatan dengan e-TNGA daripada Toyota.  Diumumkan pada tahun 2019, kerjasama ini diwujudkan dengan tujuan untuk menggabungkan modul dan komponen dalam pembinaan versi EV yang berbeza.

 

Usaha pembangunan kereta EV ini semakin diberikan perhatian memandangkan Subaru turut ingin merealisasikan rancangan mereka iaitu bagi mengurangkan sekurang-kurangnya sehingga 90% kadar emisi karbon dioksida daripada kereta-kereta yang dijual di seluruh dunia menjelang tahun 2050.

Tag:

Subaru
Subaru Solterra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-09-2025
Berita Auto

02-11-2024
Global

10-07-2024
Global

30-05-2024
Kereta Baru

15-02-2024
Global

17-11-2023
Global

09-10-2023
Global

22-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026