Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

HR-V Sport Hybrid i-DCD Tampil Dengan Ciri Luaran Yang Telah Dinaik Taraf

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Malaysia mendedahkan penambahan model terbaharu mereka dalam  barisan HR-V iaitu HR-V Sport Hybrid Dua Klac pintar i-DCD. Ia mula diperkenalkan dalam pasaran Malaysia sekitar tahun 2015. Setakat ini, lebih 103,000 unit ini kini berada di jalan raya di Malaysia.


Bahagian luaran varian baharu ini telah dikemaskini. Antaranya lampu hadapan LED, lampu belakang LED, lampu kabus hadapan LED dan pemegang pintu luar krom.

Menyentuh mengenai bahagian dalamannya pula, ia dipadankan dengan paparan audio 7-inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, 2 port pengecas termasuk Roda Stereng Tiga Jejari dengan balutan material kulit bagi memastikan pengalaman pemanduan yang lancar.

“HR-V tetap menjadi kenderaan kompak kegemaran penduduk Malaysia kerana ia menawarkan fleksibiliti , keluasan dan penampilan luarannya yang bergaya.

“Setelah mempertimbangkan maklum balas pasaran dan permintaan, kami akhirnya membuat keputusan untuk memperkenalkan ciri luaran yang telah dikemaskini pada varian hibrid ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.


Menurutnya, menerus pakej keseluruhan dan harga yang menarik, pihaknya yakin a ia akan menjadi pilihan utama terutama bagi pelanggan yang mencari jenis badan kenderaan utiliti sukan kompak dengan prestasi hibrid yang mengujakan.

Untuk makluman anda, jentera ini dipadankan dengan kuasa enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan gabungan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor yang dibantu oleh bateri lithium-ion.

Malah, gabungan enjin dan motor yang dibantu oleh bateri lithium-ion itu mampu menghambur kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. 

Hakikatnya, Honda juga tidak mengabaikan ciri keselamatan. Honda HR-V ini juga tampil dengan kelengkapan enam beg udara,  Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Pemegang Brek Automatik (ABH), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA) dan tempat kerusi belakang dilengkapi dengan ISOFIX.

Dari segi warna, HR-V Sport Hybrid i-DCD didatangkan dalam tiga warna: Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic danPlatinum White Pearl. 

Harga bermula dari RM113,954.82, termasuk Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi talian bebas tol honda atau layari laman web Honda untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Tag:

Honda Malaysia
Honda HR-V
Enhanced HR-V Sport Hybrid i-DCD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

03-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026