Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kegembiraan berganda apabila Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.

Oleh itu, syarikat ETCM mengambil kesempatan itu dengan mengumumkan juara pertandingan ‘Nissan Buy Car Win Home” yang dijalankan pada Disember 2018 hingga Disember 2019.

Pertandingan yang mendapat kerjasama ETCM dan JKG Land Berhad itu dikatakan berjaya menarik lebih 11,000 penyertaan.

Dalam pertandingan itu, Balamurugan Suppiah dinobatkan sebagai juara “Nissan Buy Car Win Home”.

Dia kini pemilik baharu Apartment tiga bilik tidur yang bernilai RM665,000. Kediaman itu terletak di The ERA @ Duta North Kuala Lumpur.

“Saya  mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan anda terhadap kempen ini dan tahniah kepada Balamurugan.

Di ETCM, kami komited untuk memberikan produk berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan. Oleh itu, kami berharap dapat terus memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik untuk semua pelanggan,” kata Pengarah Pemasaran dan Jualan ETCM, Christopher Tan. 

Berita kedua ialah ETCM melancarkan kempen  ‘Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive’ dimana peserta berpeluang memenangi Lego Nissan GT-R atau edisi Beg Nissan Duffle.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik Nissan Almera 1.0 liter Turbo ialah memandu kenderaan itu dan mengemukakan resit hasil penjimatan penggunaan bahan api mereka.

Sementara itu, ETCM akan menghulurkan derma kepada pertubuhan amal yang terpilih berdasarkan jumlah tertinggi kilometer liter yang direkodkan setiap peserta .

Pendek kata, ia merupakan satu cabaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan inspirasi kepada  pemilik Nissan Almera dengan memberi kesan positif kepada orang ramai yang berhadapan dengan kesukaran akibat krisis Covid-19. 

Kempen ini pula mula dijalankan sejak 1 hingga 30 September ini dan hasil keputusan akan dikongsi menerusi halaman Facebook Nissan Malaysia.

Akhir sekali ialah kempen September ETCM iaitu  ‘Malaysia Day Treats Promotion’ namun ia hanya ditawarkan untuk model Nissan yang terpilih.

Ia turut menawarkan pengecualian cukai, ansuran bulanan rendah, pakej aksesori eksklusif dan servis penyelenggaraan. 

Untuk makluman anda, semua bilik pameran Nissan kini beroperasi seperti biasa kecuali yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.


Gallery

Tag:

#nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.

17-02-2022
Berita Auto

Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.

16-02-2022
Berita Auto

Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu

Nissan menayangkan kenderaan prototaip jelajah bulan yang dibangunkan bersama JAXA.

15-02-2022
Berita Auto

ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

10-02-2022
Berita Auto

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto

Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

10-12-2021
Berita Auto

Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.

11-11-2021
Berita Auto

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.

17-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026