Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wow! Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano Ialah Kereta Pengeluaran Terpantas Di Litar!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano mencatatkan rekod sebagai kereta pengeluaran terpantas di atas litar berkepanjangan 4 batu (6.4 km) Indianapolis Motor Speedway, Amerika Syarikat.  Masa yang dicatatkan ialah 1:29.625 saat dengan kelajuan maksimum 281 km/j. 




"Ia merupakan saat yang penting untuk disaksikan kerana kita dapat melihat prestasi Ferrari SF90 Stradale yang begitu mengagumkan sehingga dapat mencatatkan rekod ini pada 15 Julai lalu," kata Mark Raffauf, Pengarah Kanan Operasi Lumba di International Motor Sports Association (IMSA) yang telah melihat sendiri ujian kelajuan kereta ini.

 

"Indianapolis Motor Speedway telah dibina pada tahun 1909 sebagai proving ground untuk apa sahaja jenis kenderaan. Sepanjang sejarah selama 112 tahun kereta, kami sentiasa bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa penting sebegini," ujar Presiden IMS, J. Douglas Boles.





Presiden Ferrari North America, Matteo Torre berkata, "Nama SF90 Stradale diberikan bersempena dengan ulang tahun Scuderia Ferrari yang ke-90.

 

Tindakan menguji SF90 Stradale di Indianapolis Motor Speedway ialah satu pilihan yang tepat kerena ia diadakan pada hari Ferrari Racing Days, waktu yang sama program  Ferrari Challenge, XX dan F1 Clienti diadakan di litar pada minggu ini." Kereta ini juga merupakan siri pengeluaran pertama PHEV  (Plug-in Hybrid Electric Vehicle). 




Untuk pengetahuan anda, Ferrari SF90 Stradale ini diangkat sebagai model terbaik dalam segmennya. Kenapa? Sebab ada banyak ciri penting yang menyumbang kepada prestasi mantap kereta ini, secara teknikalnya ciri seperti 1,000 cv, nisbah berat/kuasa 1.57 kg/cv dan 390 kg downforce (daya tekanan) pada 250 km/j.

 

Model SF90 Stradale ini turut ditawarkan dalam spesifikasi  sporty. Selain itu, Assetto Fiorano turut menggunakan penyerap hentak Multimatic khas GT dan juga material berprestasi tinggi seperti gentian karbon (panel pintu, underbody) dan titanium (spring, keseluruhan saluran ekzos) yang menjadikan kereta lebih ringan. Penggunaan material ini membantu mengurangkan berat kereta sehingga 30kg!  

 




Selain itu, versi ini turut memiliki spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon dengan daya tekanan tinggi yang dapat menyumbangkan sehingga 390 kg daya tekanan pada 250 km/j.  Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan tayar Michelin Pilot Sport Cup2R  bagi melengkapkan pembelian kereta Assetto Fiorano. Tayar jenis ini telah direka khas bagi meningkatkan prestasi di atas litar.



Gallery

Tag:

Ferrari
Ferrari SF90 Stradale Assetto Fiorano
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026