Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai IONIQ 5: Cas Hanya 5 Minit Dapat 100KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai IONIQ 5 telah dilancarkan pada bulan Februari tahun ini sebagai model pertama di bawah jenama IONIQ,  jenama khas bagi kereta BEV yang dibina berlandaskan plaform Electric-Global Modular (E-GMP).  Dua video yang mendedahkan fungsi penting dan juga proses pengeluaran kereta ini telah dikongsikan Hyundai.  Ini info yang didedahkan daripada video tersebut.


Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah penggunaan bahan mampan (sustainable), pengecasan ultra-pantas, teknologi Vehicle-to-Load (V2L) dan juga fungsi autonomi tiga separa Hyundai Smartsense: Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA 2), Bantuan Pengelak Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA) dan Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh (RSPA).


IONIQ 5 menggunakan bahan mesra alam sekitar untuk bahagian luaran dengan cat khas yang dihasilkan daripada bunga-bungaan dan juga jagung.  Bahagian dalam kereta juga sama, menggunakan bahan yang dihasilkan menggunakan sumber semula jadi seperti fabrik atau benang berasaskan tumbuhan, kulit daripada ekstrak tumbuhan, botol PET dan sebagainya.  



Menggunakan platform E-GMP, IONIQ 5 boleh dicas daripada 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 18 minit. Masa pengecasan yang cukup pantas kerana ia memiliki kebolehan pengecasan ultra-pantas 800V dan juga 400V tanpa adaptor luaran.  Turut dilaporkan bahawa pelanggan boleh mendapatkan sehingga 100 km jarak perjalanan selepas dicas selama 5 minit sahaja!



Fungsi V2L membolehkan BEV untuk melakukan pengecasan bateri walaupun semasa bergerak. Dengan kuasa sehingga 3.6 kW, IONIQ 5 boleh dicas pada mana-mana port pengecas 110/220V.



Dari segi produksi, kenderaan ini dimuatkan dengan Integrated Charging Control Unit (ICCU) yang memberi kuasa kepada bateri berkuasa tinggi dan juga bateri ganti kereta. Selain itu, sistem PE (Power Electric) digunakan untuk menggantikan trenkuasa yang terdapat pada kenderaan biasa. Ia adalah lebih ringan dan memiliki tahap efisien yang lebih tinggi. 

 

Bagi menjadikan kereta lebih selamat, syarikat menjalankan Sistem Pemeriksaan Intensif (Intensive Inspection System) bagi memastikan semuanya berfungsi baik - pemeriksaan dan pembaikkan dilakukan pada sensor radar dan kamera, termasuklah Surround View Monitor (SVM), Augmented Reality Head-up Display (AR HUD), cermin sisi digital dan radar sudut hadapan.



Dua ujian terakhir dilakukan kepada kereta selepas proses pemasangan: ujian melalui terowong angin dan ujian pelanggaran bagi memastikan perlindungan yang optimum. Struktur rekaan bahagian depan IONIQ 5  dapat membantu menyerap impak pelanggaran dan meminimumkan kesan kepada kabin kereta. 

 

Hyundai IONIQ 5 bakal memasuki pasaran luar negara bermula musim sejuk pada tahun ini.  Varian yang ditawarkan ialah SE, SEL dan Limited dalam harga berbeza-beza yang bakal diumumkan tidak lama lagi.



Tag:

Hyundai Motor
Hyundai Ioniq 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Labur RM2.16 Bilion Di Kulim, Bakal Wujudkan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

Penubuhan kilang Hyundai Motor dijangka membawa banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan nanti.

26-11-2024
Teknologi

Hyundai Tayang Robot Berkaki Empat

Hyundai Motor Poland mempersembahkan sebuah robot berkaki empat Spot.

30-03-2022
Berita Auto

Hyundai dan Singtel Sah Berkolaborasi ke Arah Mobiliti Pintar

Hyundai Motor Company dan Singtel telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama.

06-04-2021
Berita Auto

Imej Acah MPV Baharu, STARIA, Didedahkan Hyundai!

Hyundai Motor Company telah meperkenalkan STARIA baharu, sebuah kenderaan di bawah kategori kenderaan serba guna (MPV) bersama-sama dengan imej acah kereta tersebut.

11-03-2021
Berita Auto

Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia

Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.

02-03-2021
EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
Berita Auto

Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

19-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

19-12-2025
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto

Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

19-12-2025
Berita Auto

Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.

19-12-2025