Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Bakal Hasilkan Trak Komersial Berkuasa Hidrogen

Suhana Veru

Kongsi melalui

Toyota mengumumkan bahawa pihaknya akan mula  memasang  modul sel bahan bakar  berkembar (FC) di kilangnya yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat bermula tahun 2023.

Oleh itu, sebuah barisan produksi akan dibangunkan di Toyota Motor Manufacturing Kentucky (TMMK) bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan modul sel bahan api berkembar bagi kegunaan trak komersial tugas berat berkuasa hidrogen.

Selepas melakukan ujian sebenar dalam industri komersial trak, modul ini membolehkan pengeluar trak mengintegrasikan teknologi bebas emisi ke dalam platform yang sedia ada dengan bantuan teknikal Toyota.

Toyota menyatakan bahawa modul sel bahan bakar berkembar yang seberat 635 kilogram mampu menghasilkan kuasa berterusan lebih 160 kW.

FC berkembar itu ialah komponen penting dalam kit yang turut merangkumi bateri bervoltan tinggi, motor berelektrik, transmisi dan storan hidrogen.


Berkongsi mengenai kepakaran mereka dalam integrasi trenkuasa, Toyota berhasrat untuk membantu pengeluar  trak dalam menyesuaikan sistem trenkuasa ke pengangkutan berat.

Sistem FC generasi kedua ini dilaporkan mampu melakukan perjalanan sejauh  485 kilometer dengan muatan penuh sekitar 36,287 kilogram.

Ia akan ditayangkan pada Ekspo  Advanced Clean Transportation (ACT) 2021 di California.

Selain itu, sebuah trak prototaip yang dikuasakan oleh kit FC juga akan dibawa masuk ke ekspo itu.

Toyota yakin bahawa teknologi itu sesuai untuk kenderaan berat yang lazimnya melakukan perjalanan jauh pada setiap hari.

Nampaknya, bukan sahaja Toyota yang mengusahakan modul FC sebaliknya nama-nama besar seperti Volvo, Daimler dan Hyundai juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan trak berkuasa hidrogen. 


Tag:

Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026