Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Jual Lebih 6,000 Kenderaan Pada Bulan Ogos

Suhana Veru

Kongsi melalui

Di sebalik pandemik Covid-19, pengeluaran kereta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) nampaknya,  menunjukkan perkembangan positif apabila ia dilaporkan telah mendaftarkan sebanyak 6,988 kenderaan pada Ogos berbanding 655 unit pada bulan Julai.

Seperti sedia maklum, semua operasi Perodua dihentikan berikutan total lockdown yang dikenakan di seluruh negara sejak  1 Jun 2021. Kerajaan terpaksa mengambil langkah itu untuk mengawal penyebaran Covid-19.

“Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada September ini apabila keadaan kembali normal,” kata Presiden dan  Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.


Setakat ini, Perodua sudah mendaftarkan 104,933 kenderaan untuk suku tahun pertama namun terdapat penurunan sebanyak 12.5 peratus berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari hingga Ogos tahun lalu.

“Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan termasuk menambah baik prosedur operasi untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan faktor waktu dan sumber sedia ada, pihaknya berhasrat untuk menurunkan sasaran jualan sebanyak 10.8 peratus kepada 214,000 kenderaan tahun ini berbanding sasaran 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini.

Menyentuh mengenai isu kekurangan bekalan semikonduktor, Zainal Abidin berkata, Perodua masih memperolehi bekalan yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar pada tahun ini.

“Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini. 

“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang timbul," ujarnya.



Tag:

Perodua Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023
Berita Auto

Apa Hal Jualan Kereta Boleh Merosot

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan lepas.

19-05-2023
Berita Auto

Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

MIROS akan berjumpa dengan pihak PERODUA dalam masa terdekat ini.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia: Kereta Nombor Plat Asing Tidak Boleh Beli RON95

Walaupun harga RON95 sudah diapungkan mengikut harga pasaran namun kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95.

24-09-2025
Berita Auto

9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

Petrol RON95 akan dijual pada kadar bersubsidi RM2.05 seliter untuk kenderaan komersial yang layak membabitkan sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik.

24-09-2025
Berita Auto

RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

Rakyat boleh menjimatkan wang sebanyak RM200 sebulan selepas harga RON95 diturunkan nanti.

24-09-2025
Berita Auto

6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.

24-09-2025
Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025