Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Satu-Satunya Di Dunia! Porsche 911 Turbo S Khas Dihasilkan Sebagai Penghormatan Kepada Pelumba Legenda Mexico

Sofea Najmi

Kongsi melalui

 

Sebuah Porsche 911 telah dibina khas untuk memperingati pelumba Mexico, Pedro Rodríguez. Kereta ini dihasilkan untuk tujuan lelongan amal.

 

Unit istimewa yang diberikan nama Porsche 911 Turbo S 'One of a Kind' Pedro Rodríguez ini telah dihasilkan dengan kerjasama antara Porsche Exclusive Manufaktur, Porsche Latin America dan Porsche Mexico.

Hasil rekaan yang unik ini dipamerkan kepada orang ramai ketika sambutan Sportscar Together Day di Centro de Alto Rendimiento Pegaso, Toluca, Mexico.

 

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Porsche Latin America, George Wills berkata, "Pedro Rodríguez terus menjadi pemandu Amerika Latin yang telah memberikan Porsche kejayaan dan kegembiraan yang terbesar. Dengan kereta yang unik ini, kami ingin memberikan penghormatan kepada pemandu yang unik, tiada gantinya, idola pada masa lalu dan  seorang legenda pada hari ini."

 

Semasa kariernya sebagai pelumba, beliau telah mencipta nama sebanyak 11 kali dalam World Championship of Makes yang kini dikenali sebagai World Endurance Championship (WEC).

Beliau membantu Porsche memenangi siri kejuaraan ini pada tahun 1970 dan 1971,  yang mana lapan daripada 11 kemenangan beliau adalah dengan menggunakan kereta Porsche 917 KH.

 

Kini, 50 tahun selepas pemergian beliau semasa di litar  Norisring, Nuremberg, Germany pada 11 Julai, 1971, Porsche Latin America dan Porsche Mexico telah mewujudkan penghargaan khas untuk beliau.

 

Menurut Pengarah Porsche Mexico, Camilo San Martin, "Kereta ini memiliki elemen unik yang tidak ada pada mana-mana kereta di dunia ini.  Konfigurasi ini, serta butiran dan peralatan yang khusus untuk kereta ini telah dikuncikan pada konfigurator Porsche dan juga sistem produksi kereta supaya ia tidak lagi diulang."

Kereta ini dihasilkan dengan inspirasi daripada 917 KH yang berwarna 'Gulf blue'. Warna yang sama turut digunakan pada 911 Turbo S ‘One of a Kind’ ini, berserta jalur berwarna jingga di sepanjang bahagian tepi di atas.

 

Kereta ini turut dipasangkan dengan rim rekaan khas yang dicatkan dengan warna hitam berkilat. Panel pintu pula memamparkan nombor dua.

Elemen unik lain ialah plak yang diletakkan pada tiang B, bentuknya sama seperti yang terdapat pada sebuah 917 KH dalam warna bendera Mexico bersama dengan nama dan tandatangan Rodríguez.

 

Selain itu, perincian yang sama dapat dilihat pada moulding karbon di bahagian bawah rangka pintu. Nama kesemua lapan perlumbaan yang dimenanginya menggunakan 917 KH diukirkan di bahagian bawah spoiler belakang.

 

Bergerak ke bahagian dalam kereta, 911 Turbo S secara keseluruhannya menggunakan upholsteri kulit berwarna biru grafit dengan jahitan berwarna jingga.

Di samping itu, tandatangan Rodríguez dapat dilihat pada tempat letak tangan di tengah dan juga pada trim papan pemuka yang diperbuat daripada gentian karbon.

 

Bukan ini sahaja, kunci keretanya juga telah direka khas. Kunci kereta ini turut menggunakan warna 'Gulf blue' untuk disesuaikan dengan tema kereta dan memiliki tandatangan beliau.

Tak cukup dengan itu, ia turut datang dengan set bagasi khas daripada kulit berwarna biru grafit dengan jahitan dan kemasan jingga.

 

Porsche 911 Turbo S ‘One of a Kind’ Pedro Rodríguez ini akan mula dilelong pada penghujung tahun ini, dan hasil jualan akan disalurkan kepada beberapa badan kebajikan. 

Gallery

Tag:

Porsche
Taxi
911
911 Turbo S
Porsche 911 Turbo S
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026