Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Bronco Dan Bronco Sport Akan Beraksi Dalam Perlumbaan Lasak Di Padang Pasir!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Barisan model SUV yang lengkap keluaran Ford, Bronco dikhabarkan akan digunakan dalam persaingan off-road wanita, Rebelle Rally 2021 tidak lama lagi. 




Acara yang akan diadakan pada bulan Oktober ini membabitkan dua kumpulan peserta wanita yang menggunakan Bronco versi dua pintu, Bronco empat pintu dan Bronco Sport. 

 

Dalam Rebelle Rally 2020 sebelum ini, off-roader profesional, Shelby Hall dan navigator atau pemandu arah, Penny Dale telah menjadi pemenang bagi perlumbaan kelas X-cross dengan menggunakan Bronco Sport.  Peserta perlu menggunakan laluan berkepanjangan lebih daripada 1,200 batu (1,931 km). 






Tahun ini, mereka akan bersaing dalam kelas 4x4 menggunakan Bronco dua pintu. Sementara itu off-roader profesional lain, Melissa Fischer dan Cora Jokinen akan bersaing dalam kelas X-cross menggunakan Bronco dua pintu. 






Peserta baharu Kathryn Reinhardt dan Victoria Bundrant akan bersaing dalam kelas 4x4 menggunakan Bronco empat pintu.




"Tiada yang kami lebih inginkan daripada meletakkan Bronco dan Bronco Sport di podium pada masa yang sama.  Saya suka menghantar kesemua 'keluarga' Bronco kerana Rebelle adalah tentang penerokaan pelbagai jenis permukaan laluan; peserta bukan semata-mata perlu memandu dengan laju di padang pasir.  Ini merupakan peluang untuk menunjukkan Bronco melalui pelbagai jenis laluan off-road berbeza," kata Pengarah Pemasaran Bronco Sports, Jovina Young. 




Tahukah anda, Rebelle Rally telah diwujudkan untuk mencabar kebolehan navigasi peserta?

 

Peserta acara akan memulakan perlumbaan di Hoover Dam pada 8 Oktober nanti dan bergerak menuju ke Nevada dan California menggunakan laluan yang mencabar.  Mereka perlu menamatkan perjalanan di Imperial Sand Dunes, California pada 16 Oktober. 

 

Kenderaan yang terbabit dalam perlumbaan ini termasuklah Bronco Sport, Bronco four-door (Badlands) dan Bronco two-door (Wildtrak).





Peraturan penting acara ini ialah peserta mesti mematikan semua navigasi elektronik yang ada.

 

"Cabaran nombor 1 Rebelle ialah kebolehan navigasi, tetapi laluannya (yang sukar) akan memberi cabaran kepada kenderaan dan juga wanita-wanita yang kompetitif ini. "Ini merupakan satu acara yang penting untuk menunjukkan kemampuan Bronco dan off-roader wanita dalam mengharungi laluan yang mencabar," tambah Young.



Gallery

Tag:

Ford Bronco
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ford Patenkan Teknologi Bateri EV Tambahan Di Atas Bumbung

Ini dia penjelasan mengenai teknologi bateri EV tambahan Ford.

13-06-2023
Kereta Baru

Ford Perkenalkan Bronco Everglades 2022, Jentera Serba Lengkap Untuk Laluan Ekstrem!

Ford memperkenalkan model baharu, Ford Bronco Everglades edisi khas tahun 2022.

27-03-2022
Global

SUV Berkuasa Tinggi, Ford Bronco Raptor 2022 Bakal Masuki Pasaran AS

Ford Bronco Raptor 2022 diumumkan bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat pada musim panas nanti.

15-03-2022
Berita Auto

Warna Baharu Ini Akan Didatangkan Untuk Keluaran Model 2022.

Ford Bronco akan menampilkan warna baharu untuk keluaran model tahun 2022.

04-10-2021
Berita Auto

Ford Bronco Dan Ranger Elektrik Bakal Menyusul Termasuk Dua Platform Baharu Model Elektrik!

Ford Motor Company telah mendedahkan perancangan mereka untuk Ford+ iaitu barisan model elektrik untuk Ford.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026