Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Motor Capai Jumlah Jualan Membanggakan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sektor automotif nampaknya sudah mula rancak dan menunjukkan perkembangan yang positif sejak operasi perniagaan mula dibenarkan.

 

Bagi UMW Toyota Motor (UMWT), syarikat ini baru sahaja mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September namun telah pun menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan dari segi jumlah kenderaan yang dihasilkan, dijual dan dihantar kepada pelanggan.

 

Syarikat berjaya mencapai angka jualan sebanyak 8,033 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 5,509 unit berbanding bulan Ogos.


Jumlah jualan ini adalah membabitkan sebanyak 7,931 unit Toyota dan 102 unit Lexus.  Jumlah yang dicapai ini juga adalah 43 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama pada tahun 2020 yang mencatatkan angka jualan sebanyak 5,605 unit. 

 

Secara keseluruhannya, sehingga September, jumlah jualan tahunan yang berjaya dicapai Toyota dan Lexus di Malaysia sudah mencecah 43,594 unit.

 

Jika dibandingkan dengan jumlah jualan dalam sembilan bulan pertama pada tahun 2020, angka keseluruhannya adalah lebih rendah iaitu 25,978 unit disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Kami sememangnya gembira melihat pergerakan pasaran yang menuju ke arah normal memandangkan beberapa bulan ini cukup mencabar bagi kami.  Bilik pameran telah dibuka dan menerima ramai pelanggan setiap hari, tempahan untuk model terbaharu juga semakin bertambah. Hasilnya, jumlah jualan untuk bulan September bagi Toyota dan Lexus menunjukkan pencapaian luar biasa sehingga 223 peratus lebih tinggi daripada bulan Ogos," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.

 

Selain itu, UMWT juga sedang bersedia untuk melangkah masuk ke dunia masa depan apabila Hybrid Electric Technology diperkenalkan bersama model kereta CKD Toyota.

 

Menurut Toyota, model baharu ini akan menggunakan trenkuasa yang lebih efisien dengan kadar emisi yang lebih rendah dan enjin yang lebih senyap.


Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, "Toyota Hybrid Electric Vehicles (HEV) pada hari ini berada pada tahap yang tercanggih dan merupakan penyelesaian terkini yang menjimatkan bagi pengeluaran dan jualan dalam pasaran besar-besaran dari segi pengurangan kadar emisi CO2, praktikaliti penggunaan dan juga penerimaan harga.  Kami sangat positif bahawa HEV ialah pilihan yang paling mudah untuk diakses dan paling realistik untuk pengguna Malaysia dari segi praktikaliti dan infrastruktur."

 

Dalam perkembangan lain, UMWT meraikan kedatangan semua pengunjung ke bilik pameran Toyota di seluruh negara dengan promosi 'Visit & Win' yang mana sejumlah hadiah bernilai RM 30,000 menanti untuk dimenangi.

 

Selain itu, sesiapa yang merancang untuk membeli kenderaan Toyota baharu boleh menikmati bayaran ansuran yang rendah melalui Toyota EZ Beli. 


Khas untuk pekerja kerajaan, UMWT telah berkolaborasi dengan Toyota Capital Malaysia bagi menjayakan program Jom Drive yang menawarkan manfaat istimewa dan juga beberapa pilihan pelan kewangan.

 

Ravindran menyimpulkan, "Pelanggan kami yang telah menyokong jenama lebih daripada lima dekad juga tidak akan dilupakan.  Kini kami menyediakan program Toyota Loyal-T dengan servis yang lebih hebat dan tawaran yang lebih besar.  Program ini menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan pengguna berkomunikasi dengan UMWT."


Gallery

Tag:

Toyota
UMW Toyota Motor
UMWT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026
Kereta Baru

Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K

Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.

12-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026