Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Land Rover Defender 110 Selamat Mendarat Di Malaysia

Suhana Veru

21-10-2021

Kongsi melalui

Kemuncak penantian rakyat Malaysia terhadap model ikonik baharu, Defender 110 Land Rover Defender akhirnya berakhir apabila ia dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia di Pusat Automotif Sime Darby di Ara Damansara, Petaling Jaya pagi tadi.


Defender 110 ini hadir dengan dua pilihan tren kuasa 2.0L Ingenium empat-silinder dan 3.0L Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV), enam-silinder. 

Bagi enjin 2.0L, ia menghamburkan kuasa maksimum 300 PS pada takat  5,500 rpm manakala torknya pula mencecah sehingga 400Nm@1500-4,500 rpm sekali gus menyebabkan jentera ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 8.1 saat.

Sementara itu, bagi enjin 3.0L MHEV yang menampilkan pengecas turbo skroll berkembar dan supercharge 48-volt membuatkan jentera versi ini mampu menghasilkan tenaga yang lebih ummph iaitu 400PS dan daya kilasnya pula setinggi 500Nm. Maka, sudah pasti, jentera ini mampu memecut lebih laju iaitu cuma dalam masa 6.1 saat.


Melihat penyampaian video yang dipaparkan di skrin gergasi, nyata jentera ini dihasilkan khas untuk golongan pemandu yang mahukan satu pengalaman pemanduan yang mencabar.


Ia dilihat berupaya meredah permukaan muka bumi yang mencabar, kederasan arus sungai, selain mampu mengharungi laluan berbatu dengan kelegaan lantai yang tinggi sehingga 291 mm.

Pendek kata, ia mampu meredah  pelbagai permukaan jalan raya, tidak kira rata atau tidak selain digabungkan dengan keupayaan off-road yang agak padu.


Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, biarpun ia dilengkapi dengan inovasi terkini namun ia masih lagi kenderaan Land Rover yang paling kukuh menyebabkan ia mampu menempuh pelbagai cabaran dan terokai permukaan yang lasak.

“Ia bukan sahaja sesuai untuk cabaran 4X4 tetapi masih boleh digunakan untuk pemanduan harian,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan ikonik baharu keluaran syarikatnya.

Untuk makluman anda, model generasi baharu ini didatangkan dengan kerangka yang agak serba baharu manakala reka bentuk badan D7X dibina berasaskan struktur monokok aluminium ringan.


Malah, rekaan itu adalah bertujuan untuk bertahan dengan prosedur Extreme Event Test Land Rover yang dilakukan secara berulang kali.

Hasilnya, ia jauh melangkaui piawaian normal untuk kenderaan utiliti sukan mahupun  kereta penumpang.

Dakwaan syarikat itu yang mengatakan jentera ini sememangnya kukuh nyata berasas apabila video berkenaan dilihat memaparkan ia mampu menunda sebuah kapal terbang dan treler. 

Maka, tidak hairanlah syarikat itu mendakwa bahawa jentera baharu mereka ini  mampu menunda dan membawa bebanan berat sekurang-kurangnya 3,500 kilogram (kg).

Melihat kepada kerangka jentera ini yang agak sasa, ia dikatakan mampu menempuh cabaran merentasi daratan dengan beban maksimum bumbung statik seberat 300kg.


Bagi jarak rodanya pula ia berukuran 3,022 mm (90 mm lebih panjang daripada Discovery). Ia juga memiliki sudut breakover 28 darjah dimana ia memberikan geometri off-road yang lebih mantap.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa Defender 110 ini mampu meranduk air sedalam 900 mm. 

Fuhh, hebat bukan?

Tahukah anda, keupayaan meranduk air ini sebenarnya digandingkan dengan program Wade baharu yang terdapat dalam sistem Terrain Response. Ia bertujuan untuk memastikan pemandu mampu meredah air dengan  lebih yakin.

Lebih menarik, ia yang dilengkapi dengan ciri Dinamik Adaptif  dipadankan dengan suspensi udara elektronik supaya ia memberikan pemanduan lebih dinamik.

Sistem peredam adaptifnya pula bertindak memantau pergerakan badan Defender sehingga 500 kali per saat dan bertindak balas hampir serta merta untuk kawalan dan keselesaan yang optimum.

Apa yang cukup menarik perhatian saya ialah suspensi udaranya yang mampu mengubah kendalian 4x4 di atas jalan selain meningkatkan keupayaan all-terrain dengan memberikan kelegaan jarak dari tanah iaitu 75 mm.

Sistem udaranya dikatakan mampu mengangkat badan Defender sehingga 145mm jika perlu dan sistem Elegant Arrival pula akan menurunkan badannya sehingga 40mm secara automatik nbagi memudahkan pergerakan keluar masuk.

Jentera canggih ini juga dilengkapi dengan Kamera Keliling 3D dengan perspektif 3D baharu dan pandangan atas 360°  sekali gusmenjadikan kawalan pemanduan lebih mudah.

Kelebihan inovasi ClearSight Ground View pula memberikan pemandu yakin untuk merentasi pelbagai permukaan bumi.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai inovasi Land Rover ini. Inovasi ClearSight cermin pandang belakangnya dikatakan ciri paling hebat untuk Defender.

Ia mampu memberikan pandangan tanpa halangan walaupun terdapat penumpang yang tinggi di tempat duduk belakang atau pun ruang kargo ditimbuni alatan perkhemahan, perabot atau kotak-kotak. 


Ia sebenarnya menggunakan kamera pasang belakang yang memaparkan sudut pandangan luas dari belakang kenderaan melalui cermin pandang belakang.

Menjengah bahagian luarannya, lampu hadapannya ialah Matrix jenis LED dan hadir dengan lampu nyalaan siang.


Ia juga memiliki lampu kabus hadapan, bumbung. panoramik gelangsar, lampu alpine, roda Style 5098 lima-jejari kemasan Gloss Sparkle Silver 20-inci dan cermin sisi larasan kuasa boleh lipat.



Penulis yang berpeluang melihat jentera ini dengan lebih dekat denganmenikmati suasana kabin dalamannya sebaik majlis pelancaran selesai nyata teruja dengan elemen teknologi terkini yang terdapat di bahagian dalamannya.


Sistem infotainmen Pivi Pro kelihatan agak canggih selain dipadankan dengan dengan sistem bunyi Meridian dari Britain.



Ketika melabuhkan punggung di bahagian belakang, tempat duduknya dilihat dihiasi dengan kulit Ebony Windsor manakala, tuil gear turut menerima balutan kulit.


Antara kemudahan lain yang terdapat pada Defender ini termasuk Head-up Display dan sistem unit integrasi Click and Go yang menggabungkan aksesori tambahan.


Ini bermakna penumpang baris kedua boleh menyimpan beg, komputer riba atau jaket di belakang kerusi hadapan.

Ruang belakangnya pula berkapasiti 1,075 liter. Ia mampu memuatkan beban maksimum sehingga 2,380 liter dan muatan maksimun sehingga 900kg.

Model ini memberikan pilihan lima atau 5+2 tempat duduk sekali gus menjadikan ia lebih versatil sebagai kenderaan keluarga atau untuk membawa keperluan mengembara.

Pendek kata, kereta ini bukan calang-calang ya.

Defender 110 2.0L ditawarkan pada harga bermula RM798,800, manakala 110 3.0L pula berharga dari RM998,800. 

Mungkin, ia kedengaran mahal namun percaya atau tidak, semua unit kumpulan pertama yang dibawa masuk ke Malaysia telah habis ditempah.

Setiap pembelian varian Defender 110 hadir dengan waranti lima-tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), servis percuma selama lima-tahun/65,000 km dan Bantuan Tepi Jalan tiga-tahun.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.landrover.com.my.







Tag:

Defender 110
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.

05-05-2025
Berita Auto
14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.

05-05-2025
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Kini Di Mutiara Damansa, Outlet Ketiga Di Lembah Klang

Bilik Pameran BYD Kini Di Mutiara Damansa, Outlet Ketiga Di Lembah Klang

BYD Sisma Auto membuka bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

05-05-2025
Berita Auto
Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala.

05-05-2025
Berita Auto
Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan.

05-05-2025
Berita Auto
Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar

Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

05-05-2025
Berita Auto
Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya

E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

04-05-2025
Berita Auto
Peserta RXZ Fighter Maut,  Berlanggar Sesama Sendiri

Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri

Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.

03-05-2025