Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Prius, model versi eksklusif untuk hibrid yang pertama daripada Toyota kini menambah 'ahli' baharu dalam barisan kereta Toyota melalui pengenalan kereta edisi khas Prius, Nightshade bagi tahun 2022.  Dibina berdasarkan platform Toyota New Global Architecture, Prius generasi keempat ini merupakan varian tambahan kepada varian sedia ada lain iaitu L Eco, LE, LE AWD-e, XLE, XLE AWD-e dan Limited.


Pada tahun 1997, Prius merupakan kereta hibrid pertama yang telah dikeluarkan secara besar-besaran dengan sejumlah enam juta unit terjual di seluruh dunia.  Buat masa ini, model ini merupakan salah satu daripada sepuluh kereta hibrid Toyota dan satu daripada 11 kereta elektrik syarikat, termasuklah Mirai Hydrogen Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV).

 

Dari segi luarannya, Prius mengekalkan bentuk sama yang telah dihasilkan dengan teliti untuk menjadikan kereta lebih aerodinamik, dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.24 cd. Kereta ini turut memiliki penutup gril automatik dan rekaan liftback unik yang memberikan kenderaan ruang kabin/kargo yang lebih luas. 

 

Didatangkan secara standard, lampu depan Bi-LED dan juga lampu kombinasi LED belakang yang dimuatkan dengan panel kaca berkelebaran penuh di bawah spoiler belakang.  Selain itu, kedua-dua varian XLE dan Limited dipasangkan dengan lampu kabus bersepadu beserta lampu accent LED. 


Bergerak ke bahagian dalam, kabin dilengkapi dwi-paparan pelbagai informasi berwarna yang bersaiz 4.2 inci dengan skrin yang boleh diubah mengikut keperluan atau citarasa masing-masing, sebuah paparan berskrin sentuh 7 inci, serta sistem audio 6 speaker, fungsi Smart Key dan sebagainya.  Ditawarkan sebagai percubaan adalah Platinum Plan SiriusXM selama tiga bulan, percubaan Toyota Safety Connect selama setahun,  Service Connect selama 10 tahun dan  Wi-Fi Connect  selama tiga bulan. 

 

Prius Limited menerima ciri tambahan lain iaitu Premium Audio dengan Integrated Navigation dan sistem JBL bersama-sama paparan skrin sentuh dan skrin pisah bersaiz 11.6 inci serta 10 buah speaker JBL dengan amplifier.  Didatangkan secara standard untuk kesemua varian ialah kemampuan sambungan dengan Apple CarPlay dan Amazon Alexa.

 

Prius 2022 dikuasakan oleh enjin gasolin kitaran Atkinson empat silinder 1.8L dengan dua motor penjana melalui CVT jenis planetary yang dikawal secara elektronik. Ditawarkan dalam dua konfigurasi, FWD dan AWD-e,  versi AWD-e menggunakan sebuah motor elektrik khas di bahagian belakang untuk memberi kuasa kepada roda belakang apabila diperlukan, ini dapat membantu memaksimakan penjimatan minyak.


Dari segi keselamatan, kesemua varian dilengkapi Star Safety System Toyota dan juga Toyota Safety Sense 2.0 (TSS-2.0). Sistem ini merangkumi teknologi keselamatan seperti Teknologi Henti Pintar (SST), Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki Dalam Cahaya Rendah, Pengesan Penunggang Basikal Waktu Siang, Bantuan Papan Tanda Jalan, Amaran Keluar Lorong dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik Pada Kelajuan Penuh. Ciri lain ialah Peringatan Tempat Duduk Belakang, yang diaktifkan apabila seorang penumpang kekal di tempat duduk belakang semasa kereta tidak bergerak, pada gear P dan ketika enjin dimatikan.

 

Edisi khas Prius Nightshade 2022 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Midnight Black Metallic, Super White dan Silver Metallic. Model FWD menggunakan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci, manakala varian AWD-e pula menggunakan rim aloi bersaiz 15 inci dengan bolt lug berwarna hitam.  

 

Menggunakan ciri yang terdapat pada varian XLE, edisi Nightshade dilengkapi sistem Smart Key tiga pintu, tempat letak tangan pada pintu, poket belakang kerusi, pemegang pintu krom pada bahagian dalam, lipatan kerusi belakang dalam nisbah 60:40 dan juga penutup tonneau ruang kargo yang boleh dilipat. 


Prius 2022 ditawarkan pada harga yang bermula daripada $24,525 ke $30,575, termasuklah jaminan asas selama 3 tahun, jaminan trenkuasa selama 60 bulan, dan jaminan bateri hibrid selama 10 tahun.  ToyotaCare turut ditawarkan sebagai teknologi standard kereta: penyelenggaraan biasa dan juga bantuan tepi jalan selama 24 jam tanpa sebarang kos untuk tiga tahun.



Gallery

Tag:

Toyota
Prius
Toyota Prius
Nightshade
Prius Nightshade
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

Toyota GR Yaris Rally2 H2: Kereta Rali Hidrogen Pertama Dunia Bakal Beraksi Di WRC!

Toyota sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membangunkan teknologi hidrogen dengan Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept.

09-07-2025
Global

Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun

Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.

03-06-2025
Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.

23-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025