Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Perkenalkan BMW iX Configurator, Ada Tujuh Pakej Tambahan Untuk Varian BMW iX.

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW Malaysia memperkenalkan Configurator BMW iX yang dilengkapi dengan pelbagai pakej tambahan.


Bagi yang layak mendapatkan pakej ini merupakan pelanggan yang telah membuat pra tempahan kenderaan mereka.


Untuk makluman, para pelanggan yang berminat dengan jentera ini, boleh menempah varian BMW iX xDrive40 baharu ini sebelum 12 Oktober ini.








“Pengenalan Configurator unik ini adalah lambang generasi akan datang BMW i dimana ia sinonim dengan visi kami.


“Dalam menawarkan jentera paling berkuasa yang sepenuhnya dijana dengan elektrik, kami juga memberikan pilihan kepada pelanggan setia kami yang mahu memperibadikan BMW mereka mengikut keselesaaan tambahan, kelengkapan dalaman yang lebih elegan termasuk menyediakan lebih banyak ciri keselamatan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, Hans de Visser.






Oleh itu, pelanggan peluang berpeluang menikmati tujuh pakej tambahan ini. Para pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW untuk mendapatkan pakej sebaik mereka telah membuat pilihan jentera mereka secara alam maya.


Tujuh pakej itu termasuk Power Package yang dilengkapi dengan dengan BMW i Wallbox (generasi ketiga dengan pengecasan Type 2) untuk kemudahan pengecasan di rumah, di mana kotak pengecasan ini membekalkan kuasa 11 kW dengan masa pengecasan penuh untuk tempoh tujuh jam 15 minit.


Tidak ketinggalan, ia juga dibekalkan kabel pengecasan BMW i untuk pengguna mengecas SUV mereka di fasiliti pengecasan umum.


Ia yang ditawarkan pada RM4,600 didapati untuk kedua-dua barian BMW iX xDrive40.


Pakej kedua ialah Pakej Ikonik BMW. Pakej ini didatangkan dengan tali pinggang BMW iBlue termasuk  pakej bunyi BMW IconicSounds Electric dengan tiga mod (Personal, Efficient dan Sport) yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang sporti dan beremosi.


Pakej ini pula berharga RM3,020.


Seterusnya Pakej Teknologi. Ia mengandungi Profesional Bantuan Pemanduan, Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Bantuar Parkir. 


Fungsi itu hadir sebagai ciri standard pada BMW iX xDrive40 Sport, tetapi akan ditawarkan sebagai opsyen untuk varian BMW iX xDrive40 dengan tambahan RM15,700.


Pakej seterusnya ialah Pakej Reka Bentuk yang merangkumi BMW Individual Exterior Line Titanium Bronze.






Ia menawarkan perincian berwarna Titanium Bronze pada grafik gril kidney, bahagian bawah bingkai tingkap, hendal pintu, designasi model serta sisipan hadapan, sisi dan belakang. 


BMW Laserlights yang didatangkan dengan standard pada varian Sport juga hadir dengan warna biru dan tulisan “BMW Laser” pada lampu hadapan. Pakej tersebut ditawarkan pada harga RM15,740.


Luxury Package pula adalah ciri tambahan untuk BMW iX xDrive40. Pakej ini mengandungi Panorama Glass Roof Sky Lounge, Headliner Anthracite, Clear & Bold Interior Applications dengan suis kaca kristal, kemasan kayu dan sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 18 unit pembesar suara.


Pakej ini berharga RM33,490.


Akhir sekali ialah Pakej Dalaman Upholstery. Ia menawarkan dua pilihan upholsteri premium” Interior Design Suite Castanea dan Interior Design Suite Amido.


Ia hadir dengan tampil dengan material kulit daun zaitun asli yang diperangkan menerusi dua warna pada panel instrumen, panel trim pintu, konsol tengah dan tempat duduk. 


Kedua-dua pilihan itu ditawarkan pada harga RM21,110.


Untuk keterangan lanjut, layari bmw.com.my. 


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW iX configurator
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026