Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic  menghidupkan kembali edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.

Model ikoniknya dihasilkan dengan buatan tangan di Jaguar Classic, Coventry dan contoh pertama model ini ditayangkan di pameran berprestij Concours Elegance di Istana Hampton Court pada 3 September lalu. 

Pengarah Jaguar Classic, Dan Pink berkata, jentera C-Type adalah salah satu kereta paling ikonik dalam sejarah perlumbaan terkenal itu yang pernah dipandu oleh beberapa pelumba yang terkenal.

“Jentera ini masih mengekalkan hasil rekaan ikonik dan paling canggih  Malcolm Sayers menerusi perisian 3D lukisan CAD,” katanya.

Menerusi teknologi moden dan kepakaran kejuruteraan, Jaguar Classic berdasarkan spesifikasi Continuation pada tahun 1953 yang pernah mendominasi kejuaraan pada perlumbaan Le Man 24 Jam. 

Oleh itu,  ciptaan C-Type Continuation dilakukan secara lebih mendalam dari segi sejarah dan warisannya bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pembuatannya, spesifikasi dan kehebatannya kereta lumba berkuasa ini.

Sebelum kerja-kerja pembangunan dilakukan, kerja-kerja penyusunan data mengambil masa selama dua tahun dan kemudian digabungkan dengan kereta ikonik pada abad 21.

Bekas pemandu pandu uji dan jurutera Jaguar Cars, Norman Dewis OBE turut memberikan perkongsian bermakna sepanjang proses pembuatan jentera berkenaan.

Malah, pasukan tersebut juga mempunyai akses C-Type dan gambar-gambar bersama catatan pereka legenda Jaguar Cars, Malcolm Sayer pada badan jentera itu.


Tahukah anda, kesemua model dihasilkan menerusi lakaran 3D malah Jaguar Classic Continuation juga dihasilkan dengan cara yang sama.

Ia bermula dengan beberapa elemen pada kerangka dan seluruh struktur jentera ini bagi menyediakan visual utama kepada jurutera. Ia bertujuan untuk memastikan semuanya dipadankan dengan maklumat asal sedia ada.

Dengan menggunakan metodologi moden dan alat canggih yang dimiliki Jaguar Cars, ia sebenarnya membantu mengesahkan keaslian dan kepintaran C-Type yang asal.

Oleh itu, C-Type Continuous akan dibina menjelang acara perlumbaan yang diilhamkan oleh pemiliknya pada tahun 2022. 

Setiap contoh yang dilengkapi dengan enjin 3.4 liter DOHC, sebaris enam silinder dengan karburator weber 40DC03 menghamburkan kuasa 220 bhp pada 5,800 rpm.

Ia  dipadankan dengan transmisi manual 4-kelajuan dengan pam hidraulik Plessey yang dipasangkan pada pam kotak gear yang mengepam cecair hidraulik ke dalam brek.

Malah, jentera ini juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci dan brek cakera yang mampu memecahkan rekod perlumbaan Le Man 24 Jam.

Walaupun tiada sebarang tujuan baharu untuk C-Type namun semua jentera Continuation akan tetap mengekalkan anomali asli.

Spesifikasi C-Type pada 1953 menampilkan penutup kotak fius yang berbeza berbanding C-Type dari tahun 1951 hingga 1952.

Kesemua kereta Continuation baharu menampilkan versi asal yang telah diubahsuai dengan reka bentuk sesuai bersama cermin pandang belakang Lucas yang asal.

Untuk makluman anda, material yang digunakan di bahagian dalaman untuk semua model Continuation adalah yang asli dimana ia digabungkan dengan elemen lama dan baharu bagi memastikan keasliannya selain menyediakan kemasan berkualiti tinggi.

Trim hardura digunakan untuk bahagian kokpit dan diubah suai pada tahap yang lebih baik berbanding C-Type asli tetapi masih berwarna silver. 

Kemasan Rexine pada papan pemuka dan panel sisi Continuation adalah jenis material terakhir dimana ia kemasan yang sama seperti 70 tahun lalu.

Tempat duduk adalah dari kulit mewah dari rakan kongsi, Bridge of Weir yang terdapat dalam lapan pilihan warna.

Ia turut dipadankan dengan stereng Bluemel yang asli dimana tiadanya bentuk bulat yang dipasang di bahagian tengahnya. Bagaimanapun, para pelanggan boleh menentukan lencana Jaguar ikonik jika mereka mahu.

.Kesemua model Continuation diluluskan oleh FIA dan dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan bersejarah itu misalnya, Jaguar Classic Challenge yang pernah berlumba di Le Mans.


Hanya 12 warna ditawarkan iaitu Suede Green, Cream, Pastel Blue dan British Racing Green. Begitupun, proses kerja-kerja mengecat mengambil masa selama seminggu. 

Secara keseluruhannya, sejak penampilan sulungnya pada tahun 1951 iaitu, tahun ia memenangi perlumbaan Le Mans, model C-Type adalah kereta lumba perintis  dan kini hasi; buatan tangan Continuations C-Type kini  menghidupkan semula reputasinya dengan bangga.

Gallery

Tag:

Jaguar
Jaguar Classic
Jaguar C-Type
C-Type Continuation
Jaguar C-Type Continuation
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.

03-12-2024
Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Kereta Baru

Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...

27-06-2022
EV

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.

23-03-2022
Berita Auto

Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.

31-12-2021
Berita Auto

Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!

Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'

28-10-2021
Berita Auto

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.

11-10-2021
Berita Auto

E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!

Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.

01-07-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026