Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing & Vios Challenge Musim ke-4 Pusingan Ke-2 Telah Bermula!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Selepas ditangguhkan selama tujuh bulan, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Toyota Vios Challenge kembali dengan banyak kejutan dan saat-saat yang menarik untuk disaksikan.  Lebih daripada dua juta penonton telah mengikuti acara yang diadakan secara dalam talian ini. Acara ini berlangsung secara maya sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pandemik Covid-19.

 

Saat yang paling dinanti-nantikan, perlumbaan hari kedua Vios Challenge yang telah berlangsung di Sepang International Circuit ini diadakan dalam cuaca yang tidak begitu baik.  Namun, hujan atau panas, tiada apa yang dapat mematahkan semangat pelumba untuk menamatkan perlumbaan.

 

Terdapat empat kategori perlumbaan yang diadakan dalam acara Vios Challenge, ini termasuklah perlumbaan GAZOO Racing Young Talent Development Programme yang membabitkan lima orang pelumba muda.  Kategori Promotional Class pula membabitkan golongan artis dan selebriti. Seterusnya ialah Sporting Class dan akhir sekali Super Sporting Class.



Jika dibandingkan dengan perlumbaan hari pertama (Race 1) dengan cuaca panas sepanjang hari, bagi perlumbaan kali ini (Race 2), hujan tidak henti sehingga menyebabkan jalan licin dan  mengehadkan penglihatan pemandu.

 

Pelumba Malaysia, Mitchell Cheah dan juga pelakon, Shukri Yahya mendapat perhatian ramai sepanjang perlumbaan diadakan.  Cheah berjaya memenangi Super Sporting Class Race 1  dan mendapat tempat kedua dalam Race 2. Sementara itu, Shukri pula mendapat kemenangan berturut-turut untuk Promotional Class.

 



Cheah mencatatkan masa hanya 1 minit 25.618 saat pada Race 1.  Dia diikuti dengan dekat oleh pelumba daripada Laser Motor Racing, Mark Darwin dan juga pelumba M7 Japan Project Team,  Syafiq Ali yang berada di tempat ketiga.

 

Keadaan jalan yang licin dan penglihatan yang terhad tidak mengganggu tumpuan Syafiq ketika Race 2, dia berjaya berada pada kedudukan pertama, diikuti oleh Cheah dan Faidzil Alang.

 

Namun perlumbaan terpaksa dihentikan ketika lap ke-10 kerana hujan yang terlalu lebat.   Perlumbaan diteruskan beberapa minit kemudian dengan kemenangan yang menyebelahi Syafiq.



Dalam Race 1 Promotional Class, Shukri berjaya mendominasi perlumbaan dan diikuti dekat oleh pelumba di tempat kedua, Nabil Ahmad dan ketiga, Nabila Razali.  Pada perlumbaan hari kedua, Shukri sekali lagi menguasai perlumbaan. Shukri 7.1 saat lebih pantas berbanding Nabil Ahmad yang berada di tempat kedua dan Zizan Razak di kedudukan ketiga. 

 

Sementara itu, untuk Sporting Class, Ady Rahimy daripada 23 Motors berjaya memenangi Race 1 dalam penyertaan pertamanya untuk Vios Challenge.   Dia berjaya merangkul tempat pertama dengan kelajuan 0.6 saat lebih pantas mengalahkan Bradley Benedict Anthony daripada Dream Chaser yang berada di tempat kedua, dan Clement Yeo daripada Distinctive Model yang berada pada kedudukan terakhir.



Pada hari seterusnya, Adam Khalid daripada Crestmax Motorsport menunjukkan prestasi luar biasa apabila dia mara daripada kedudukan ke-15 di garisan permulaan dengan kemenangan membanggakan dalam perlumbaan 20 lap. Adam berada di hadapan Mirza Shahmi Mahzan dan juga Eric Yong daripada Aylezo Motorsport.

 

Untuk Rookie Class pula, pelumba muda yang berjaya merangkul kemenangan ialah Naquib Azlan. Dia berjaya mencatatkan rekod yang sempurna untuk kesemua pusingan dalam Race 1.  Mika Hakimi berada di tempat kedua dan Amer Harris pula di tempat yang ketiga.  Walau bagaimanapun, dalam Race 2, Naquib tidak berjaya mengekalkan kemenangan berturut-turut. Kedudukan pertama kini diambil alih oleh pelumba berusia 17 tahun, Amer Harris diikuti oleh Mika Hakimi dan Putera Adam  yang berusia 14 tahun.



Musim ini kita dapat menyaksikan pelumba daripada pelbagai latar belakang, daripada yang termuda, selebriti hinggalah pelumba profesional.

 

Pusingan yang ketiga yang juga perlumbaan yang terakhir untuk musim ini akan berlangsung pada 20 dan 21 November, 2021 di Sepang International Circuit. Untuk kali ini, perlumbaan akan diadakan pada waktu malam! Nantikan berita terkini daripada CariCarz berkenaan perlumbaan kali ini yang akan dikongsikan tidak lama lagi.

 

 

 


Gallery

Tag:

Toyota
Toyota Vios
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026