Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bayi Perempuan 10 Bulan Terkunci Dalam Kereta Gara-Gara Fungsi Kunci Automatik

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pasukan bomba  berjaya menyelamatkan seorang bayi berusia 10 bulan yang terkunci di dalam kereta Proton Saga milik ibunya di Taman Sri Pelangi, Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Anggota bomba dikatakan cuma mengambil masa  kurang daripada 10 minit untuk mengeluarkan bayi perempuan itu. 


Menurut laporan tempatan, bayi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Nazri Mat Rais mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.54 pagi.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta yang terkunci akibat fungsi kunci automatik (auto lock) kenderaan tersebut.


“Kejadian berlaku ketika ibu mangsa keluar daripada kereta, manakala pintu kenderaan itu terkunci sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, bayi itu bernasib baik  kerana berjaya dikeluarkan dan telah diserahkan kepada ibunya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026