Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Live Cockpit Professional Kini Lebih Canggih Dengan Pelbagai Ciri Personalisasi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Selepas kejayaan pelancaran tahun lalu, BMW Malaysia kini memperkenalkan BMW 218i Gran Coupé  generasi baharu yang dipasangkan di dalam negara (CKD) dengan BMW Live Cockpit Professional yang terkini.

 

Sistem infotainmen yang telah dipertingkat ini  menambahkan lagi kebolehan digital dan personalisasi 218i Gran Coupé supaya boleh memberikan gambaran keseluruhan informasi penting semasa di atas jalan raya dengan lebih pantas.



Pengarah pengurusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "BMW Live Cockpit Professional menunjukkan lagi komitmen kami ke arah pendigitalan dan individualisasi dalam seluruh portfolio BMW.  Dalam usaha kami untuk terus menghidupkan masa depan mobiliti di Malaysia, inovasi akan kekal sebagai fokus utama BMW bagi tahun-tahun akan datang. Ini ditunjukkan dalam kemas kini terbaharu produk kami melalui pengenalan (produk) yang akan dilakukan bagi model-model dan fungsi yang akan mengubah pengalaman pemanduan pelanggan di Malaysia."

 

Sebagai permulaan, BMW Live Cockpit Professional terbaharu yang ditampilkan pada 218i Gran Coupé  adalah merangkumi kluster paparan instrumen 10.25 inci dan juga paparan informasi tengah bersaiz juga dalam saiz yang sama.



Susun atur yang tertumpu dan boleh dikonfigurasikan sepenuhnya ini dihasilkan dengan pendekatan 'keutamaan kandungan' dalam paparan maklumat secara minimalis dan tepat.

 

Aras minyak, kelajuan, rpm dan suhu enjin dipaparkan dalam tube ring dan diatur supaya dapat mengosongkan lebih banyak ruang di tengah-tengah bagi memberi ruang kepada paparan navigasi dan fungsi lain.



Pelbagai fungsi dan widget boleh dikonfigurasikan mengikut pengalaman pemanduan, ini termasuklah paparan papan skor sports, data pemanduan, penggunaan dan kecekapan bahan api, meter daya G, media dan radio.

 

Selain itu, penggunaan warna antara muka dan elemen yang menjadikan visual padat juga telah dikurangkan.



Bergantung kepada mod pengalaman pemanduan (Driving Experience), contohnya, Sport, Comfort dan Eco-Pro, warna dan penampilan yang sepadan akan dipaparkan di seluruh kluster informasi dan paparan informasi tengah.

 

Akhir sekali, ciri pembantu peribadi pintar BMW Live Cockpit Professional memudahkan anda untuk mengawal sepenuhnya tetapan kenderaan, navigasi dan sistem hiburan.

 

Fungsi suara BMW Intelligent Personal Assistance ini boleh dihidupkan dengan perkataan 'Hey BMW!' atau melalui perkataan pengaktifan yang ditetapkan sendiri.



Harga jualan bagi BMW 218i Gran Coupé terbaharu ini ialah  RM 204,177 tanpa lanjutan jaminan dan pakej servis. Bagi pembelian dengan lanjutan jaminan dan pakej servis, harga yang ditawarkan ialah RM 216,367.



Gallery

Tag:

bmw
218i Gran Coupe
BMW 218i Gran Coupe
BMW Live Cockpit Professional
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

05-01-2023
Teknologi

28-12-2022
Berita Auto

24-06-2022
Berita Auto

26-05-2022
Berita Auto

Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?

BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.

17-05-2022
Berita Auto

31-03-2022
Global

BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas

BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.

28-03-2022
EV

BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...

Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.

25-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026