Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tanah Runtuh Lagi Di Cameron Highlands?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Empat lelaki bernasib baik kerana terselamat biarpun kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang gara-gara kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands petang tadi.


Mujur, kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan utiliti sukan itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Orang awam juga dikatakan turut membantu pihak berkuasa mengeluarkan mangsa.


“Kesemua mangsa cuma mengalami cedera ringan walaupun kenderaan yang dinaiki mereka kemek teruk,” kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.


Hujan lebat selama dua jam turut menyebabkan kejadian tanah runtuh di sekitar Brinchang, Ringlet sehingga menyebabkan laluan terputus.

Dalam perkembangan sama, kejadian tiang elektrik  tumbang turut dilaporkan sehingga menyebabkan beberapa laluan terhalang.



Susulan itu, ada pengguna Facebook turut mendakwa beberapa rakan mereka  terperangkap di tengah-tengah kejadian tanah runtuh namun nasib mereka masih belum diketahui.

Bagaimanapun, Unit Kereta Peronda (MPV) telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan namun sehingga kini maklumat lanjut belum diperolehi ekoran kesukaran alat perhubungan.

Kejadian tanah runtuh itu juga dikatakan menyebabkan beberapa rumah penduduk dihempap pokok.



Setakat 10.30 malam tadi, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. 

Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti di Cameron Highlands pada hujung minggu ini, anda dinasihatkan supaya merancang percutian anda. Cuma sebaiknya, elakkan bercuti di kawasan tanah tinggi ketika musim hujan!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026