- Berita
- Berita Auto
- Lynk & Co Bakal Melebarkan Sayap Ke Negara Malaysia

Lynk & Co, jenama kereta yang dikenali melalui kerjasama antara syarikat kereta Geely Auto Group dan Volvo Car Group, baru-baru ini telah mendedahkan strategi "Smart Geely 2025" dan juga kedatangan syarikat ke negara Malaysia tak lama lagi.
Syarikat Lynk & Co menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak 3.65 juta unit bermula tahun 2025. Sebagai sebahagian daripada perancangan untuk mencapai sasaran ini, syarikat kini mula melebarkan sayap ke negara-negara di Eropah Timur, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Amerika Selatan.

Yang menariknya, Lynk & Co telah mengesahkan bahawa syarikat mereka akan mula bertapak di negara Malaysia tak lama lagi. Model kereta canggih ini bakal menjadi pesaing terbesar Tesla yang turut terkenal dengan model EV.
Lynk & Co telah memperkenalkan sebuah model andalan, SUV bersaiz sederhana yang dinamakan 09, dihasilkan berlandaskan Volvo XC90, platform seni bina produk boleh skala yang digunakan untuk kenderaan bersaiz besar dan canggih. Model ini juga merupakan model keluaran keenam yang telah terjual sebanyak 570,000 unit di seluruh dunia dalam masa hanya lima tahun ini.
Model 09 turut dilengkapi skrin sentuh bersaiz lebar dan sistem telematik yang berfungsi dengan sambungan internet. Buat masa ini, Lynk & Co menawarkan model SUV, sedan dan hatchback yang dibina sama ada berlandaskan platform BMA, CMA atau SPA dengan menggunakan trenkuasa terkini Geely.

Dengan kewujudan syarikat Lynk & Co di Malaysia, model-model ini mungkin akan mula dihasilkan di dalam negara untuk mengeluarkan kenderaan bagi pasaran kereta dengan pemandu di sebelah kanan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv