Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mangsa Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaiki MPV Itu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Niat seorang mekanik untuk membaiki sebuah Proton Exora tidak kesampaian apabila dia menemui ajal dalam keadaan tragis gara-gara sebahagian badannya dihempap kenderaan itu.


Kejadian malang itu berlaku di sebuah bengkel di Kampung Bukit, Bayan Lepas, George Town ketika mangsa, Muaz Mat Isa, 31, sedang membaiki Proton Exora yang sebenarnya tidak diperlukan segera oleh pelanggannya.


Sebaliknya,  sudah menjadi satu kepuasan buat Muaz  untuk menyiapkan segera kenderaan setiap pelanggannya.

Namun malangnya niatnya untuk menyiapkan segera kenderaan berkenaan kali ini, tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia gara-gara dihempap MPV terbabit semasa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan.


Perkara itu disahkan Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Helmirizal Che Morad.

“Anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan terlentang di bawah MPV itu namun usaha untuk mengeluarkan mangsa tidak berjaya.

“Jadi, mereka terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong beberapa bahagian kereta itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat. 

Salam takziah buat keluarga mangsa.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026