Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Suhana Veru

Kongsi melalui

Chiron Super Sport yang pernah memecah rekod tertinggi dan Bugatti paling laju yang pernah dibuat akhirnya memasuki peringkat pengeluaran selepas membuat penampilan sulungnya dua tahun lalu.

Berharga RM16 juta, model longtail ini merupakan edisi terhad. Ia akan dikeluarkan hanya 30 unit.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya lapan unit jentera ini telah dihasilkan di kilangnya yang terletak di Molsheim, Perancis.


Menjadikan jentera itu lebih menonjol dari segi kelajuan tertinggi memandangkan Bugatti menyatakan bahawa ia boleh dilihat dari pembahagi hadapan ke peresap belakang, setiap inci jentera ini sebenarnya direka untuk tujuan memecut dengan laju.

Ia yang menggunakan enjin W16 8.0 liter mampu menghamburkan kuasa 1,600 kuasa kuda dan tork 1,600 Nm dimana 100hp lebih tinggi berbanding Chiron biasa.

Dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan berkembar membuatkan ia mampu menghamburkan kuasanya di keempat-empat rodanya.

Justeru, Chiron Super Sport mampu memecut dari0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.8 saat dan kelajuan tertingginya pula 440km/j.

Beberapa perubahan telah dilakukan termasuk bahagian belakangnya dipanjangkan 250mm. Ia bertujuan untuk mengurangkan seretan sebanyak 40 peratus.

Selain itu terdapat lubang di bahagian fender hadapan bagi melepaskan tekanan udara dari roda yang berputar dan ia menjana daya pecutan di bahagian hadapan.

Malah, terdapat peresap yang dipasang pada bampar bawah bagi meningkatkan ciri aerodinamiknya.

Menggunakan set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang direka khas untuk memastikan ia mampu menampung kelajuan secara konsisten apabial ia berputar pada kelajuan tertinggi.

Syarikat itu juga mendakwa bahawa ia merupakan kombo roda pertama yang dinilai mempunyai pemanduan konsisten selamat sehingga 500 km/j.

Begitupun, lapan unit pertama yang dilancarkan itu dihiasi  dengan cat luaran hitam dengan jalur oren terang di sepanjang bahagian atas dari bonet ke sayap, serupa dengan Super Sport asal.


Gallery

Tag:

Bugatti
Chiron Super Sport
Bugatti Chiron SUper Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021
Berita Auto

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026