Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Pintar Volvo, XC60 Sudah Masuk Pasaran Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volvo Car Malaysia secara rasminya memperkenalkan kereta pintarnya, XC60 melalui saluran media sosialnya pagi semalam.


Ia dijual pada harga RM325,449.90. Ia adalah harga tanpa insurans dan selepas pengecualian cukai jualan.

Jentera ini agak canggih memandangkan sistem infotainmennya  menampilkan sistem operasi Android Automotive OS yang pertama kali muncul pada model XC40 elektrik.

Ia lengkap dengan Perkhidmatan Google dan Pakej Perkhidmatan Digital yang terdiri daripada Google Assistant. 


“Jentera pintar ini menawarkan sistem infotainmen yang paling canggih dalam industri automotif.

“Ia memenuhi janji kami untuk memberikan kebebasan secara peribadi, mampan dan selamat,” kata Pengara Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.

Antara ciri lain yang agak canggih ialah Volvo Car App dan Connected Services dimana ia mampu menghubungkan anda dengan kereta anda selain anda boleh menggunakan kawalan jauh untuk menggunakan beberapa fungsi kereta itu.

Misalnya, anda boleh menggunakan kawalan suara atau peranti telefon bimbit untuk memeriska status kereta dan pintu dikunci atau tidak.

Menyentuh mengenai reka bentuknya, ia hadir dengan rekaan Scandinavian yang kaya dengan sentuhan halus di bahagian luaran.

Ia juga hadir dengan gril, bampar baharu termasuk pilihan warna yang terbaharu.

Jentera ini didatangkan dengan rim aloi enam bilah 19 inci bersama  potongan berlian hitam.


Di bahagian dalamannya, ia hadir dengan sistem bunyi Bower dan Wilkin. 

Lebih menarik, Volvo XC60 juga melibatkan mod pemanduan yang disesuaikan dengan pilihan pemandu.

Menyentuh mengenai prestasinya, Volvo XC60 didatangkan dengan enjin berkembar 2.0 liter, empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan besama geartronic.

Ini membolehkan jentera ini menghamburkan 407 kuasa kuda dengan tork 640 Nm, manakala motor elektriknya pula 87hp@tork 240Nm menerusi penggunaan bateri.


Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.3 saat manakala penggunaan bahan api untuk 2.2 liter bagi setiap 100 kilometer.

Beralih kepada ciri keselamatam, jentera serba baharu ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), elak pelanggaran, bantuan kekal lorong, mitigasi keluar jalan, amaran lintasan trafik, brek auto, sistem maklumat titik buta dan kamera pandangan sekeliling.

Malah, anda berpeluang menikmati jaminan lima tahun tanpa had perbatuan (kereta baharu) dan lapan tahun atau 160,000 km.

Jentera ini boleh dilihat di semua pengedar sah Volvo seluruh negara bermula semalam. Tempahan dalam talian juga boleh dibuat menerusi laman web Volvo Car Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.volvocars.com/my.



Gallery

Tag:

Volvo Car Malaysia
Volvo XC 60
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan

15-05-2026
Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .

05-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?

Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.

23-01-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Kereta Baru

Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888

Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.

30-09-2025
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026