Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kuasai Alunan Jalan Dengan Penuh Bergaya

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Perancis, DS Automobiles kali ini menghasilkan generasi ketiga DS 3 Crossback. Jentera ini dikatakan  sebuah kenderaan utiliti sukan crossback yang  mewah dan elegan.

Ia ditayangkan buat pertama kali pada September 2018 dan kemudian dipamerkan kepada umum sebulan sebelum dilancarkan sempena Pameran Motor Paris ke-88.

Edisi terhad DS 3 Crossback Faubourg ini menampilkan pelbagai ciri berteknologi tinggi dan agak bergaya kerana reka bentuknya dihasilkan dengan sentuhan halus.  


Dengan empat gelaran Formula E sejak tiga tahun lalu, DS Automobiles telah membuktikan kepakarannya dalam bidang elektrifikasi apabila menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Jentera edisi terhad ini menawarkan emisi sifar karbon, selain mampu menghamburkan 136 kuasa kuda. 

Mengenai tempoh pengecasannya, ia mengecas secara sepenuhnya hanya dalam  masa lima jam melalui unit 11-kW AC wallbox (Type 2). 

Di stesen pengecasan awam yang memiliki pengecas pantas   100 kW DC pula, ia hanya memerlukan 30 minit untuk bateri dicas ke tahap 80 peratus.


Secara mekanikal, ia menawarkan dua enjin: enjin petrol 1.2 liter PureTech yang menawarkan 130 kuasa kuda dan tork 230Nm manakala enjin diesel 1.5 liter BlueHDi pula menghasilkan 130 kuasa kuda dan tork 320Nm.

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan hadir dengan keupayaan pacuan semua roda.

Bagi spesifikasi pula, nama DS 3 Crossback  ditukar  dengan beberapa nama baharu seperti Montmartre, Bastille, Rivoli, Peformance Line, Performance Line dan Business.


Spesifikasi Bastille menampilkan tambahan teknologi moden. Bahagian dalamannya menerima kemasan kulit Basalt Black, manakala sterengnya juga dibaluti dengan material kulit termasuk bahagian tombol tuil gear.

Menerusi stereng premium ini, ia meningkatkan penampilannya sekali gus membuatkan pemandu mempunyai kawalan yang lebih baik semasa memandu untuk transmisi automatik dan manual.

Jika diamati bahagian papan pemukanya, semua bahagian papan pemuka dan panel pintu menerima hiasan kulit Basalt Black dan terdapat karpet tebal di bahagian depan dan belakang.

Para pemilik kenderaan ini boleh memilih warna lining bumbung sama ada warna terang atau gelap.


Bagi bahagian luarannya pula, ia didatangkan dengan rim aloi Madrid 17 inci, tinted di bahagian belakang, gril matte hitam, dan krom DS.

Menjengah bahagian belakangnya yang hadir dengan krom tambahan membuatkannya ia kelihatan lebih eksklusif.


Ia juga menawarkan skrin sentuh HD 10.3 inci yang besar dengan Sistem Navigasi yang memaparkan Maklumat Trafik Masa Nyata, Perkhidmatan Trafik TomTom, Antena Radio Halimunan dan Kamera Kelajuan.

Jentera ini juga didatangkan dengan pengecasan wayarles dan terdapat port USB di tengah bahagian perehat lengan.


Untuk rekod, ia hadir dalam lapan warna: Millenium Blue, Crystal Pearl, Pearly Pearl White, Ruby Red, Pearl Black, Platinum Gray, Artense Gray dan Banquise White, manakala bahagian bumbung hadir dengan empat pilihan warna.

Sudah pastinya, ramai yang ingin mengetahui mengenai harganya. Harga bermula dari 25,600 euros (RM122,454.06). 

Bagaimanapun, terdapat dua edisi terhad buat masa ini: DS 3 CROSSBACK FAUBOURG dan DS 3 CROSSBACK LOUVRE.


 


Gallery

Tag:

DS Automobiles
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.

30-07-2024
Berita Auto

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
EV

DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya

DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.

31-03-2022
Berita Auto

DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan

Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.

06-07-2021

Berita Terkini

Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.

06-02-2026
Berita Auto

Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung

Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.

06-02-2026
Berita Auto

Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

Projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun ini.

06-02-2026
Berita Auto

Musim Perayaan, Ini Tarikh Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya

Kenapa kenderaan barangan diharamkan berada di jalan raya sempena musim perayaan?

05-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Lagi Nahas Lebuhraya PLUS, 1 Bas Ekspres, 2 Lori, Salam Takziah

Seorang pemandu lori maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor.

05-02-2026
Berita Auto

Harap Maklum, Harga Diesel Naik Hari Ini

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter.

05-02-2026
Berita Auto

Penjual Roti Bergerak Disaman Atas Pelbagai Saman Termasuk Ubah Suai Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor mengeluarkan saman ke atas seorang penjual roti bergerak atas pelbagai kesalahan di Jalan Sungai Keramat, Klang semalam.

04-02-2026