Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Caranya Mazda Realisasikan Masa Depan Neutral Karbon Melalui Perlumbaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bulan lepas, Mazda Motor Corporation telah menyertai Super Taikyu Race yang diadakan di  Okayama International Circuit, Okayama, Jepun.



Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Mazda untuk merealisasikan neutral karbon. Mazda tampil dengan kereta lumba  berenjin diesel konvensional (Skyactiv-D 1.5) yang dikuasakan dengan bahan api bio sepenuhnya diperbuat daripada minyak masak dan lemak mikro alga.

 

Selain itu, Mazda bakal membuat pelaburan untuk membangunkan model hibrid plug-in dan dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan bahan api boleh dibaharui seperti bahan api biodiesel generasi hadapan.

 

Bahan api biodiesel ini dijangka akan memainkan peranan penting sebagai sumber bahan api cecair yang sangat baik untuk membantu proses neutral karbon. Ia dihasilkan daripada bahan mentah mampan seperti lemak mikro alga dan juga minyak masak yang dikitar semula. Bahan api ini digunakan sebagai alternatif kepada diesel tanpa perlu melakukan sebarang perubahan atau modifikasi kepada kereta.



Mazda merupakan ahli dalam projek "Bahan Api Hijau Anda" atau "Your Green Fuel" Hiroshima, sebuah projek demonstrasi berpangkalan di Hiroshima yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mempopularkan dan menyebarkan penggunaan bahan api inovasi terbaharu. Projek ini digerakkan dengan kerjasama Hiroshima Council. 



Mazda telah mula menggunakan bahan api biodiesel pada kereta diesel mereka selepas mendapat pengesahan mengenai kesesuaian minyak baharu ini pada enjin yang menggunakan bahan api diesel berasaskan petroleum sejak bulan Ogos 2020 yang lalu.

 

Kereta Mazda yang menyertai Super Taikyu Race kali ini dipasangkan dengan enjin Skyactive-D 1.5 yang mampu mencapai prestasi tinggi walaupun dikuasakan oleh minyak biodiesel tanpa sebarang modifikasi lain. 

 

"Mazda Spirit Racing Bio concept Demio" akan menyertai perlumbaan kelas ST-Q dengan menggunakan bahan api bio yang dinamakan "Susteo" yang dibekalkan oleh Euglena dengan kerjasama pasukan perlumbaan NOPRO3.



Pasukan merancang untuk mendapatkan bekalan bahan api ini daripada Euglena bagi musim akan datang. Super Taiyu Race telah diadakan sejak tahun 1991 sebagai perlumbaan ketahanan untuk menguji kereta keluaran besar-besaran. Kelas ST-Q pula ialah perlumbaan jenis terbuka untuk semua kereta yang dibangunkan oleh pengeluar dan disahkan oleh jawatankuasa penganjur Super Taikyu.  Selain Mazda, Toyota Motor Corporation juga menyertai perlumbaan ini dengan kereta yang dikuasakan oleh hidrogen.

 

Mazda merancang untuk menjadi sebuah jenama yang terus berkongsi ikatan istimewa dengan pelanggan dengan menawarkan kereta yang seronok dipandu dan dalam masa yang sama berusaha ke arah merealisasikan neutral karbon menjelang tahun 2050.


Gallery

Tag:

Mazda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.

23-04-2025
EV

Mazda EZ-60 Didedah: SUV Elektrik Futuristik Ini Bakal Gegar Auto Shanghai 2025

Mazda telah mendedahkan imej rasmi model elektrik terbarunya, Mazda EZ-60.

11-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan

Projek KBKK tertangguh disebabkan proses pengambilan balik tanah, penyelarasan utiliti, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, dan kenaikan harga bahan binaan.

12-08-2025
Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

Bidaan Nombor Pendaftaran SIS Bakal Dibuka

Nombor plat SIS boleh dibida Jumaat ini.

12-08-2025
Berita Auto

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

AMH menggesa kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera.

11-08-2025
Berita Auto

Skuter Elektrik, Yadea Velax Dilancar, Boleh Capai 105 KM, Harga Cuma RM4,699 Tetapi Selepas Rebat MariiCas

Yadea Malaysia memperkenalkan skuter elektrik terbaharunya, Yadea Velax ke pasaran tempatan, baru ini.

11-08-2025