Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Ada Penapis Udara Luar, Rumah Pokok: Ini Antara Pemenang Rekaan Progresif Polestar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Polestar telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan rekaan peringkat global yang diadakan secara tahunan untuk tahun 2021. 


Pertandingan yang diketuai oleh pereka Polestar sendiri, Thomas Ingenlath ini menerima ratusan penyertaan daripada seluruh dunia. Tema rekaan untuk tahun 2021 ialah 'Progresif.'


Peserta akan menerima bimbingan daripada pasukan rekaan syarikat dan perlu menghantar lakaran sebelum idea diperkembang pada peringkat akhir. 


Berpandukan kepada tema yang ditetapkan, rekaan yang dihasilkan mestilah menunjukkan konsep 'pergerakan masyarakat yang maju' dan gaya pemikiran baharu berkaitan isu seperti krisis iklim.


"Ia tidak semestinya sebuah kereta, namun mestilah memiliki semangat Polestar dan menunjukkan rekaan yang dapat menjadi daya penggerak ke arah perubahan yang positif," ujar Ingenlath.


Ini termasuklah bangunan, basikal elektrik, kapal terbang, kenderaan penghantaran dan sebagainya.  Kategori untuk pertandingan ini dibahagikan kepada dua iaitu pelajar dan profesional.


Ketua rekaan Polestar, Maximilian Missoni berkata, "(Peluang untuk) berkomunikasi dengan ramai bakat baru dan yang berpengalaman adalah (satu pengalaman) yang memberi inspirasi dan merendahkan diri.  Kami dapat melihat rekaan berkembang daripada lakaran kreatif kepada model 3D, dan menunjukkan bahawa dunia rekaan adalah wadah tumpuan individu yang luar biasa."


Kategori profesional dimenangi oleh  David Vultaggio dari Perancis. Rekaan yang dinamakan 'H_UB' ini merupakan sebuah konsep untuk garaj. 


Dalam rekaan ini ditampilkan tempat untuk mengecas kereta dan juga basikal elektrik.  Vultaggio turut memasukkan hangar pesawat laut yang dikuasakan oleh tenaga hidrogen untuk 'quick outing.'


Seterusnya, dalam kategori pelajar, ialah rekaan yang dinamakan 'Glad to be Dirty' dihasilkan oleh Mingwei Liu.  Kereta konsep ini hadir dengan penapis udara luaran yang boleh membersihkan udara sepanjang pemanduan.


Penapis ini dapat dilihat kotor selepas digunakan menunjukkan betapa banyaknya udara yang telah dibersihkan. 


Rekaan penapis udara ini yang lebar membolehkan lebih banyak udara dibersihkan semasa proses penapisan.


Rekaan terakhir yang menerima sebutan khas ialah konsep yang dihasilkan oleh pereka dari Finland, Kristian Talvitie. Model yang dihasilkan ini diberi nama 'KOJA,' yang merupakan sebuah kediaman yang dibina untuk diletakkan pada pokok. 


'KOJA' dihasilkan dengan teliti untuk meminimumkan kesan kepada alam semulajadi, namun dalam masa yang sama ia masih menawarkan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.


Polestar akan membina rekaan yang telah terpilih ini dalam model kecil berskala 1:5 untuk dihantar ke seluruh dunia di Polestar Spaces sebagai pameran seni. 


Selain itu, pemenang juga dapat melawat ibu pejabat Polestar di Sweden untuk melihat sendiri Polestar 1 dan 2 dan mendapat peluang memandu di atas trek disediakan syarikat. 

Gallery

Tag:

Polestar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?

Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.

02-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026