Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X90 Dibina Berdasarkan Geely Haoyue? Ini Dia Spesifikasi Geely Haoyue Di China...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hadir ura-ura mengatakan Proton X90 yang akan diperkenalkan nanti bakal dibina berdasarkan prototaip Geely Haoyue.

 

Akhir-akhir ini muncul beberapa imej yang menunjukkan sebuah kereta yang dikatakan sebagai Proton X90 di Genting Sempah.

 

Jom kita tengok ciri-ciri yang terdapat pada Geely Haoyue sebelum model terbaharu daripada Proton ini mula dipertonton kepada umum.


Haoyue ialah sebuah MPV dengan tujuh tempat duduk.  Kerangka badan kereta ini dibina berdasarkan platform Geely CV yang dibangunkan khas oleh Geely untuk model-model MPV.

 

Daripada aspek kuasa, ia menggunakan enjin 1.8L TGDI yang boleh menghamburkan kuasa maksimum 181 hp dan tork maksimum 300 Nm, digabungkan dengan transmisi dwi-klac basah tujuh kelajuan. Enjin ini mungkin sudah cukup sempurna bagi sebuah kenderaan dengan tujuh tempat duduk, namun ada khabar angin yang mengatakan bahawa model terbaharu ini nanti akan dilancarkan dengan versi enjin 1.5L TGDI.

 

Dari segi reka bentuk, dipercayai X90 diilhamkan daripada rekaan Haoyue yang tampil sporty dan bergaya, konsep rekaan yang pastinya dapat menarik perhatian ramai.


Geely Haoyue menggunakan lampu depan dan belakang jenis LED sepenuhnya dengan garisan yang kelihatan menonjol.

 

Bergerak ke bahagian dalam Haoyue, selain memiliki sistem infotainmen yang menarik, ciri menonjol lain ialah bumbung suria kereta ini.  Bumbung suria ini menampakkan kereta lebih luas, bergaya dan cerah. Ia boleh ditutup secara automatik sekiranya hujan turun. 


Bukan itu sahaja, aspek ruang simpanan yang terdapat dalam Haoyue juga diberikan perhatian.  Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 42 ruang simpanan dalam pelbagai saiz. Untuk menyimpan barangan yang besar, kerusi boleh dilipatkan.

 

Dari segi saiznya, Haoyue memiliki kepanjangan 4,835 mm, dengan kelebaran 1,990 mm dan berketinggian 1,780 mm. Jarak antara rodanya pula ialah 2,815 mm. Terdapat empat varian yang ditawarkan di negara China dengan harga yang bermula daripada RMB 109,600 ke RMB 139,600 (kira-kira RM 72,400 to RM 92,200).


Proton dikatakan bakal mengeluarkan  tiga kereta baharu pada tahun 2022 yang merangkumi sebuah model facelift dan dua model baharu.  Kehadiran model X90 yang kini sedang hangat dibincangkan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.  Tak sabar rasanya untuk melihat apa yang Proton akan perkenalkan tahun depan!






Tag:

#proton
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!

Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru.

05-09-2025
Berita Auto

Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030

Pos Malaysia menyerlahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperbanyakkan lagi van berkuasa elektrik untuk khidmat penghantaran.

04-09-2025
Berita Auto

Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95.

04-09-2025
Berita Auto

Harga Minyak Kekal Hingga 10 September Depan

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 4 September hingga 10 September depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

04-09-2025
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.

02-09-2025
Berita Auto

GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka

GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

02-09-2025
Berita Auto

Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.

02-09-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025