Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rivian Automotive - Pengeluar Kereta Kedua Paling Bernilai Di Amerika Syarikat Selepas Tesla

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Rivian Automotive mendapat reputasi sebagai pengeluar kereta yang kedua paling bernilai di Amerika Syarikat, selepas Tesla.


Rivian Automotive merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan teknologi automotif yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Robert "R.J." Scaringe. Syarikat ini membina kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap di atas papan selaju atau "skateboard", sebuah konfigurasi untuk cesi automotif digunakan bagi platform automotif kenderaan bateri elektrik.



Mula ditubuhkan di Irvine, California dengan kilang pengeluaran yang berlokasi di Normal, Illinois, syarikat automotif ini sebenarnya bermula dengan tangan kosong.  Rivian mula memasuki pasaran pada tahun 2009 tanpa sebarang modal, pasukan, teknologi, pembekal, jenama dan infrastruktur pengeluaran.

 

Hadir daripada keinginan yang tinggi untuk membawa perubahan, pendekatan yang diambil Rivian tidak sama seperti syarikat kereta lain kerana lebih memberi tumpuan kepada alam sekitar dan kemampanan.

 

Pada tahun 2011, Rivian mengumumkan penghasilan prototaip coupe sporty sebelum projek ini dibatalkan sepenuhnya.

 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, Rivian menerima dana yang cukup untuk menjalankan kajian di Bay Area, California dan Michigan.

 

Pada awal tahun 2017, syarikat telah berjaya menyempurnakan pembelian kilang yang sebelum ini dimiliki oleh Mitsubishi di Normal, Illinois untuk dijadikan hab pengeluaran syarikat di Amerika Utara.  Menjelang penghujung tahun 2017, Rivian mengumumkan bahawa dua prototaip alfa telah berjaya disiapkan.  Dalam masa kurang daripada setahun, pikap R1T dan SUV R1S telah dipertontonkan buat kali pertama di LA Auto Show dengan perancangan pengeluaran dijadualkan akan bermula pada tahun 2020.



Sebelum itu, Rivian telah memindahkan ibu pejabatnya ke Irvine, California.



Bermula tahun 2019, Rivian telah memiliki lebih daripada 1,000 orang kakitangan dan juga beberapa buah kilang di UK termasuklah di Michigan, Illinois dan California.  Rivian berjaya mendapatkan pelaburan daripada Amazon bernilai $700 juta (kira-kira 2.9 bilion) bersama-sama dengan tempahan sebanyak 100,000 unit van elektrik.

 

Tidak lama selepas itu, Ford Motor Company melaburkan sebanyak $500 juta (RM 2.1 bilion) namun kontrak ini ditamatkan sewaktu pandemik COVID-19.

 

Rivian juga telah menerima pelaburan daripada Cox Automotive sebanyak $350 juta (kira-kira RM 1.5 bilion) dan dua pembiayaan daripada T. Rove Price berjumlah $3 bilion (RM 12.6 bilion).

 

Trak pikap Rivian R1T merupakan EV pengguna Rivian yang pertama dihantar untuk syarikat ini.  Model trak dengan lima tempat duduk dalam versi elektrik sepenuhnya ini tampil unik dengan pelbagai ciri menarik yang dapat dilihat daripada bahagian luar dan dari segi juga pemilihan warna pada ruang dalamannya.

 

R1T edisi pelancaran telah habis ditempah sepenuhnya dengan harga permulaan $75,000 (RM 315,337.50) seunit.  Ini akan diikuti dengan pengeluaran Adventure Package pada Januari akan datang dalam harga yang sama dan lebih rendah daripada harga Explore Package yang bernilai $67,500 (RM 283, 803.75).

 

Walaupun dibina di atas platform yang sama, SUV R1S tampil dengan lebih banyak ruang untuk tempat duduk dan juga kargo jika dibandingkan dengan R1T.

 

Edisi pelancarannya ditawarkan pada harga $75,500 (RM 317, 439.75), tinggi sedikit berbanding harga versi pickup atau Adventure Package. Explore Package akan ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu $70,000 (RM 294, 315).

 

Syarikat Rivian kini dianggarkan bernilai hampir $28 bilion (RM 117.8 bilion). Ia juga dikatakan bakal mengeluarkan sebanyak 10,000 van elektrik untuk syarikat Amazon pada tahun 2022.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026