Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Bantuan, Mampukah Pengedar Kereta Terpakai Tanggung Kerugian

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rata-rata penjual kereta terpakai di Taman Sri Muda, Shah Alam  meluahkan rasa kecewa apabila tidak menerima sebarang sokongan bantuan daripada kerajaan setakat ini.


Seorang penjual kereta terpakai di Taman Sri Muda berkata, dia mengalami kerugian hampir RM1 juta gara-gara kesemua kenderaannya dan kaw dinaiki banjir.

“Saya tidak tahu macam mana nak dapatkan bantuan daripada kerajaan. Saya memang tiada hala tuju dalam bab mendapatkan bantuan kerajaan.

“Lagipun selama 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya dapati golongan pengedar kereta terpakai sememangnya  dianaktirikan oleh kerajaan sedangkan pasaran kereta terpakai banyak  menyumbang kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK),” katanya yang cuma mahu dikenali sebagai Raf.


Menurutnya, ada pihak yang mendakwa bahawa pihaknya boleh mendapatkan bantuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro namun tidak pasti sama ada pengedar kereta layak atau tidak.

Oleh itu, dia berharap pihak yang berkaitan turun padang membantu dalam menguruskan bantuan yang sewajarnya untuk pengedar kereta di Taman Sri Muda.

Ini berikutan rata-rata pengedar kereta di kawasan berkenaan mengalami kerugian sehingga mencecah jutaan ringgit.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tapak meletakkan kenderaan terpakai itu mempunyai perlindungan akibat kerosakan akibat banjir, dia mengakui tidak pernah terlintas di fikiran untuk membeli insurans untuk kawasan lapang berkenaan.

“Saya tidak pasti kawasan lapang seperti yang digunakan pengedar kereta terpakai perlu mendapat perlindungan insurans atau tidak kerana banyak pengedar tidak tahu mengenai perkara ini,” ujarnya yang kini terpaksa bangun kembali dari kosong. 

Bagaimanapun, dia berharap supaya kerajaan menyediakan tempat khas untuk tujuan aktiviti jualan  kereta terpakai bagi membolehkan mereka menjalankan urusan jual beli tanpa rasa bimbang.


Seorang lagi pengedar kereta, Zulkifli turut senada dengan Raf. 

Zulkifli mengakui sepanjang berkecimpung dalam bidang kenderaan terpakai hampir 30 tahun, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.

“Industri kereta terpakai sememangnya dianaktirikan. Saya cuma berharap kerajaan dapat memberi sokongan bantuan supaya kami dapat menghidupkan semula perniagaan. Lagipun, kos baik pulih bagi kenderaan rosak akibat banjir dianggar antara RM15,000 sehingga RM20,000.

“Buat masa ini, saya perlu menanggung sendiri segala kos bagi membaiki kereta kerana tidak mempunyai perlindungan insurans,”ujarnya.


Untuk rekod, lebih 50,000 kereta  tenggelam dalam banjir di lapan negeri terutama Selangor dan Pahang. Ia dijangka terus tersadai ekoran kos baik pulih mencecah puluhan ribuan ringgit.


 

 

 

Tag:

pengedar kereta terpakai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM

FMCCAM telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai.

09-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026