Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sime Darby Auto Selection (SDAS) bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan penjagaan kereta bertaraf premium bermula dari khidmat nasihat pakar sehingga servis penyelenggaraan di fasiliti bengkel yang terkemuka.

Selain penyelenggaraan kereta, beberapa servis lain turut ditawarkan termasuk pembaikan, pembersihan dan pemeriksaan kenderaan.


“Menerusi kerjasama itu, pusat perkhidmatan SDAS akan menawarkan semua keperluan automotif pengguna Bosch AA hanya di bawah satu bumbung,” kata  Pengurus Pemasaran Bosch AA, Dillion Goh 

Sementara itu, Pengarah Urusan SDAS, Vi Thim Juan pula memberi jaminan walaupun menggunakan sistem dan komponen daripada Bosch, pihaknya akan tetap memastikan kos servis dan pembaikan adalah berpatutan.

Oleh itu, para pelanggan boleh menjangkakan  produk dan perkhidmatan adalah berkualiti tinggi tanpa perlu membayar kos yang tinggi.


Lebih menarik, pemilik kenderaan yang melepasi tempoh jaminan sebenarnya masih boleh menikmati kualiti perkhidmatan yang sama di pusat servis yang diberi kuasa secara khusus.

Malah, pasukan juruteknik SDAS juga melakukan servis untuk semua model kereta, termasuk kenderaan hibrid dan elektrik bagi, memastikan mutu kerja yang berkualiti.

Sehubungan itu, pelanggan boleh mendapatkan khidmat tersebut di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam.

Ia  dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang, manakala Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Tag:

Bosch
Sime Darby
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bosch Sumbang RM50K Untuk Pembaharuan – Kanak-Kanak di Yayasan Sunbeams Home Kini Lebih Selesa

Bosch, telah menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan kemudahan Yayasan Sunbeams Home.

20-04-2023
Berita Auto

Pada Suku Akhir 2021, Jualan Kereta Terpakai Mula Meningkat

Jualan kereta terpakai di negara ini semakin meningkat apabila statistik menunjukkan kira-kira 400,000 kereta terpakai berjaya dijual.

07-04-2022
Berita Auto

Keuntungan Sime Darby Menjunam 43%, Prestasi FY2025 Dijangka Terjejas

Sime Darby Bhd menjangkakan prestasi kewangan terasnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY2025) akan lebih lemah berbanding tahun sebelumnya.

28-05-2025
Berita Auto

Kadar Cukai Naik, Sime Darby Bakal Kemas Kini Harga Kenderaan

Sime Darby Bhd bakal mengemaskini harga kenderaan dalam porfolio syarikatnya di Malaysia.

25-02-2024
Berita Auto

SDRAC Serah Sumbangan Berjumlah RM41,280 Untuk Penyelidikan Kanser CRMY

Sime Darby Rent-A-Car Sdn Bhd (SDRAC) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM41,280 kepada Cancer Research Malaysia (CRMY).

15-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026