Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EV Autonomi Sepenuhnya Daripada Weimar Cars Tampil Macho!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Selepas memperkenalkan M6, syarikat Weimar Cars kini hadir dengan model baharu, M7 yang lengkap dengan sistem autonomi tahap 5 (atau autonomi sepenuhnya).


M7 mula dipertontonkan kepada orang ramai semasa Beijing Auto Show tahun lalu dan kini ia telah diperkenalkan dengan perubahan kecil dari segi rekaan berbanding dengan konsep yang dipaparkan dahulu. 


Pada bahagian luar kereta, EV negara China ini dilengkapi lampu depan jalur LED. Seperti mana kebanyakan EV lain, model ini tidak memiliki gril depan. 



Bergerak ke bahagian dalam, M7 tampil dengan gaya yang nampak ‘bersih’ atau minimal, dilengkapi skrin infotainmen yang melintang seperti yang terdapat pada kokpit digital VW.



Mengenai trenkuasanya pula, informasi ini masih tidak didedahkan, namun Weimar Cars memaklumkan bahawa M7 boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 700 km. Di samping itu, sistem autonomi tahap 5 kereta turut disokong oleh empat buah kamera pandang keliling, 12 radar ultrasonik, tiga LiDAR, tujuh kamera 8 megapiksel, radar gelombang lima milimeter dan sebuah modul ‘high-precision positioning.’



Sistem canggih yang membolehkan kereta hadir dengan ciri autonomi tahap 5 ini dikuasakan oleh empat cip Nvidia DRIV Orin-X. Namun begitu, ini hanyalah satu informasi yang disampaikan pihak Weimar. Kebenarannya? Masih belum lagi dibuktikan dalam dunia sebenar. 

Gallery

Tag:

Weimar
Weimar Cars
Weimar Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026