Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Citroen Berlingo dan SpaceTourer Kini Hanya Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Di Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Citroën baru-baru ini telah mengumumkan penjualan versi elektrik untuk dua model MPV iaitu Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer  di negara-negara Eropah.  Model yang pada asalnya dikeluarkan dalam versi bahan api ini kini hanya boleh ditempah sebagai model elektrik mulai bulan Januari 2022.

Penukaran kepada model elektrik ini merupakan salah satu strategi Citroën untuk mempercepat proses elektrifikasi syarikat. Dua buah model, Berlingo dan SpaceTourer telah dipilih kerana keselesaannya yang tinggi. 


Walaupun kini hadir dalam versi elektrik, ciri-ciri penting yang menarik perhatian orang ramai terhadap Berlingo masih dikekalkan dalam ë-Berlingo, luas dan praktikal. Ia ditawarkan dalam dua kepanjangan berbeza dengan bilangan penumpang maksimum seramai tujuh orang. 

Model ini dikuasakan oleh enjin elektrik yang dapat menjana 136 hp. Ia dilengkapkan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 50 kWh yang boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 280 km. Menggunakan stesen pengecasan pantas 100 kW, bateri ini boleh dicas sehingga 80% dalam masa hanya 30 minit. Sekiranya menggunakan pengecas dinding 7.4 kW pula, masa yang diambil ialah kira-kira 7 jam.  


Model seterusnya, Citroën ë-SpaceTourer ialah sebuah minivan yang besar dan moden, mampu menampung 6-9 orang penumpang. Model ini ditawarkan dalam 3 versi kepanjangan berbeza di samping pelbagai pilihan kemasan dalaman. Kuasa dijana oleh sama ada bateri berkapasiti 50 kWh dengan jarak perjalanan 230 km (WLTP) atau  bateri berkapasiti 75 kWh yang boleh mencapai jarak sehingga 330 km. Kuasa pengecasan model ini sama juga seperti ë-Berlingo.

Buat masa ini, Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer hanyalah ditawarkan untuk pelanggan di Eropah (kecuali Switzerland dan negara-negara Balkan). Versi yang dikuasakan oleh bahan api masih lagi boleh didapati di negara-negara lain. 


Tag:

citroen
e-berlingo
e-spacetourer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
Global

Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.

17-08-2022
Berita Auto

Citroen Umumkan Kehadiran C5 Aircross Facelift 2022

Citroen C5 Aircross telah diberikan sentuhan baharu bagi tahun 2022

22-03-2022
Berita Auto

Pelanggan Kereta Mikro EV Citroen Boleh Tempah Rekaan Ikut Citarasa

Citroen mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan beberapa ciri yang boleh ditempah khas.

29-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026