Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

E-Rifter dan E-Traveller, Kenderaan Penumpang Elektrik Peugeot Ini Boleh Cecah Jarak Sehingga 330KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Memasuki tahun 2022, Peugeot semakin rancak menggunakan teknologi elektrik untuk keluaran-keluaran terbaharu. Baru-baru ini, syarikat pengeluar kereta Perancis ini telah mengumumkan kehadiran kenderaan penumpang versi elektrik sepenuhnya, e-Rifter dan e-Traveller.

“Peugeot sudah pun menerajui mobiliti elektrik: 75% daripada kereta penumpang kami dan 100% daripada kenderaan komersial kami sudah tersedia dalam trenkuasa elektrik. Pada tahun 2021, setiap kenderaan keenam yang dijual Peugeot di Eropah ialah versi elektrik dan pada November, sudah mencapai satu kenderaan elektrik Peugeot untuk setiap lima buah yang terjual.

Ini menunjukkan bahawa kami di Peugeot memiliki tawaran yang tepat untuk pelanggan kami dan permintaan terhadap kenderaan elektrik berkembang pesat secara konsisten,” ujar Linda Jackson, Ketua Pegawai Operasi Peugeot. 

Elektrifikasi di Peugeot terdiri daripada dua teknologi iaitu hibrid plug-in dan juga bateri sepenuhnya. Model terbaharu, 308 yang baru sahaja dilancarkan dalam pasaran merupakan Peugeot pertama yang menggunakan seluruh aspek teknologi elektrik Peugeot iaitu versi hibrid plug-in dan juga bateri elektrik sepenuhnya untuk kedua-dua sedan dan SW. 


Di bawah merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua model van atau kenderaan penumpang elektik terbaharu yang dikeluarkan Peugeot. 


PEUGEOT e-Rifter




Dapat memuatkan daripada 5 ke 7 orang penumpang, Peugeot e-Rifter ialah sebuah kenderaan penumpang yang menggunakan teknologi motor elektrik 100 kW/136 hp dengan bateri lithium-ion 50 kWj yang dapat bergerak sejauh 280 km, berdasarkan kitaran WLTP.


PEUGEOT e-Traveller




Model ini ditawarkan dalam tiga kepanjangan berbeza bersama-sama dengan dua pilihan bateri iaitu 50 dan 75 kWj untuk menjana motor elektrik 100 kW/136 hp. Model ini dapat digunakan untuk membawa seingga 9 orang penumpang dengan jarak perjalanan 330 km, berdasarkan kitaran WLTP.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Peugeot juga membangunkan teknologi elektrifikasi terbaharu yang digunakan pada van e-EXPERT Hydrogen. Teknologi yang digunakan van ini ialah sel bahan api yang digabungkan dengan empat tangki hidrogen dan juga sebuah bateri plug-in. Teknologi hydrogen sel bahan api ini membolehkan kenderaan dicas dalam masa hanya 3 minit. Jarak perjalanannya mencecah 400 km, berdasarkan kitaran WLTP. 



Gallery

Tag:

peugeot
e-rifter
e-traveller
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ini 3 Model CKD Bakal Masuk M'sia

Stellantis mahu melebarkan sayapnya ke negara Asia Tenggara.

17-11-2023
Video

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

06-06-2023
EV

Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow

Peugeot e-2008 turut membuat penampilan sulungnya sempena Malaysia Autoshow 2023.

04-05-2023
Berita Auto

Pelantikan Valerie Candeiller Sebagai Pengarah Komunikasi Global PEUGEOT

PEUGEOT telah melantik Valerie Candeiller sebagai Pengarah Komunikasi Global syarikat baharu.

04-11-2022
Video

Review Peugeot 2008 Malaysia | SUV Euro Segmen B yang serba Canggih!

Inilah Peugeot 2008 generasi kedua! Peugeot 2008 hadir untuk bersaing dengan SUV segmen B yang lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50. Dengan enjin yg lebih power, adakah Peugeot 2008 pilihan SUV utama anda?

05-10-2022
Berita Auto

Terima 10,000 Tempahan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Van 100% Elektrik Peugeot

Peugeot kini menawarkan PEUGEOT e-EXPERT, van elektrik yang menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.

03-02-2022
Berita Auto

Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan

Peugeot memperkenalkan jentera terbaharunya, Peugeot Landtrek.

07-01-2022
Berita Auto

Peugeot Lancar Logo Baharu

Logo itu akan dipasang pada Peugeot 308 pada 18 Mac ini.

26-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026