Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Hyundai Baharu Kini Dibuka Di Melaka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pusat 3S baharu kini telah dibuka untuk pelanggan Hyundai yang tinggal di negeri Melaka. Pusat ini diuruskan oleh pengedar automotif, Sing Kwung Premium Sdn Bhd, yang telah memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam industri automotif. 



Pusat 3S Hyundai ini dilengkapi bilik pameran, pusat servis dengan lima petak penyelenggaraan kereta, serta ruang penyelenggaraan pantas. Secara keseluruhannya, ia mampu mengendalikan sehingga 50 buah kereta dalam masa sehari.



Bukan itu sahaja, pusat 3S ini turut dilengkapkan dengan pelbagai jenis kemudahan untuk keselesaan pelanggan sewaktu menunggu seperti sambungan wifi, ruang santai pelanggan dan taman permainan kanak-kanak.



Selain untuk tujuan penyelenggaraan, pelanggan yang menggunakan kereta elektrik juga boleh mendapatkan kemudahan pengecasan di stesen pengecasan pantas EV. 



“Kami gembira dengan penglibatan Sing Kwung dalam keluarga Hyundai. Pengalaman yang luas dalam jualan dan penjagaan automotif semestinya dapat membantu meningkatkan kepuasan pelanggan Hyundai dan menambahkan lagi nilai dalam rangkaian jualan dan servis yang sudah sedia ada,” ujar Pengarah Pengurusan Hyundai-Sime Darby Motors, Encik Low Yuang Lung.



Bilik pameran Sing Kwung Premium di mana pusat 3S ini beroperasi, dibuka daripada jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali cuti umum dan Ahad yang hanya dibuka pada jam 10 pagi hingga 5 petang. 


Sementara itu, perkhidmatan servis pula dibuka daripada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, ditutup pada cuti umum dan hari Ahad. 


Untuk membuat janji temu penyelenggaraan, boleh hubungi 06-3322313 dan bagi melawat bilik pameran pula di nombor 06-3322434.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

JPJ Buat Laporan Polis Sebab Nombor Pendaftaran "EE"

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat di media sosial.

18-12-2025
Berita Auto

Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!

Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.

18-12-2025
Berita Auto

Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut

Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.

18-12-2025
Berita Auto

Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.

18-12-2025
Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025