Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda 2 Versi Hibrid Bakal Masuk Pasaran Eropah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mazda 2 Hybrid yang direka untuk menjadi model pengeluar peralatan tulen (OEM) dikhabarkan akan mula dijual di pasaran pada bila-bila masa sahaja.

Mazda baharu ini adalah hasil kerjasama antara Mazda Motor Corp dan Toyota Motor Corp. Model OEM ini dibekalkan oleh Toyota Motor Eropah.


Malah, kedua-dua syarikat itu dilaporkan turut bekerjasama untuk membangunkan sistem teknologi yang boleh dipercayai.

Antaranya seperti  Sistem Hibrid Toyota.

Begitupun menjengah bahagian luarannya, jentera ini dipadankan dengan rim aloi 15 atau 16 inci dan kelihatan memiliki beberapa ciri yang sama dengan Yaris kecuali agak berbeza dari segi logonya.


Sama seperti Yaris Hybrid, varian Mazda 2 ini dikuasakan oleh enjin petrol tiga silinder 1.5 liter yang menghasilkan 69kW.

Ia digabungkan dengan motor elektrik 59kW pada gandar hadapan untuk menjadikan jumlah kuasanya meningkat kepada 87kW.

Menyentuh mengenai enjinnya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 9.7 saat manakala penggunaan minyak lebih 3.8 liter untuk setiap 100 kilometer.

Untuk makluman anda, kelajuan maksimum jentera ini ialah sekitar 175 km/j.


Buat masa ini, ia cuma dijual di pasaran Eropah. Mazda 2 Hybrid ini didatangkan dengan tiga varian iaitu Pure, Agile dan Select.

Namun adakah Mazda 2 Hybrid ini akan memasuki pasaran Malaysia? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Gallery

Tag:

Mazda 2
Mazda 2 Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.

05-11-2025
Global

Mazda 2 & CX-3 Terima Sistem Infotainmen Terbaru Di Jepun

Hatchback Mazda 2 dan SUV crossover CX-3 dikemaskini di negara Jepun.

27-09-2023
Berita Auto

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023
Gambar

2020 Mazda 2 Gallery

2020 MAZDA 2

19-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026