Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengganti Kereta Super LFA, Kereta Super Elektrik Lexus?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Didedahkan pada satu sidang akhbar kenderaan elektrik terbesar Toyota, Lexus mengumumkan mengenai peralihannya yang berhasrat untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2035.

Dengan barisan 15 konsep kereta Toyota, yang dipamerkan itu, salah satu daripada empat  jenama Lexus dikatakan agak menonjol.

Namun tahukah anda, supercar elektrik yang sepenuhnya diilhamkan oleh LFA, dan walaupun butirannya agak sedikit namun beberapa tahap prestasi awalnya telah dikongsi.

Misalnya, kenderaan elektrik super yang masih belum dinamakan lagi dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 96 kilometer sejam hanya dalam dua saat.

Ini menunjukkan dengan menggunakan  motor berkembar, ia mampu menghasilkan gabungan kuasa antara 750 hp hingga 800 hp dimana ia setanding dengan apa yang tersedia di pasaran hari ini.

Apa yang menarik, kelajuan ini meningkatkan kenderaan elektrik sebelum ini untuk menjadi lebih berkuasa berbanding LFA dengan margin kuasa 200 hp.

Biarpun, kapasiti baterinya masih belum diketahui namun kenderaan elektrik super dikatakan mampu melakukan perjalanan sejauh 700 kilometer (km).

Ini bermakna, ia menawarkan perjalanan lebih daripada 282 km berbanding Porsche Taycan Turbo.

Dari segi enjinnya, Lexus LFA menggunakan enjin  4.8 liter bentangan V10 dimana ia mampu mencapai putaran setinggi sehingga 9,000 rpm hanya dalam dalam 0.6 saat.

Susulan itu, desas-desus mengatakan bahawa kereta konsep itu membawakan hala tuju rekaan dimana Lexus mungkin mahu mengambil rekaan berkenaan.

Ini sekali gus menunjukkan ia merupakan rekaan kepada pengganti LFA.

Sebagai permulaan, ia menampilkan bonet panjang yang menyerupai  Grand Tourer dengan reka bentuk lipatan tajam dan lampu hadapan  tajam dimana ia  kelihatan lebih menakjubkan.

Sama seperti LFA, ia juga mempunyai saluran masuk di belakang tingkap sisi yang menghasilkan lipatan licin pada badan apabila ia bercantum ke dalam pintu.


Mencerminkan bentuk coupe-esque, garis bumbung mencerun ke bawah menyebabkan bahagian belakang mempunyai susun atur jenis kereta super.

Biarpun, ekzos tiga kali gandanya tiada namun rekaannya masih kekal memandangkan terdapat peresap besar.

Secara keseluruhannya, selain daripada konsep kereta elektrik super yang luar biasa ini, tiga konsep lain daripada jenama Lexus itu ialah  Lexus RZ crossover, dan dua lagi SUV dan sedan pula tidak dinamakan.

Gallery

Tag:

Lexus
LFA
Lexus Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
EV
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
Global
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global
Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global
Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto
Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026