Link Copiedcheck_circle
EV

BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan BMW Group di Asia Tenggara, 85 peratus responden Malaysia memaklumkan mereka memandu setiap satu ke tiga hari, sama ada menuju ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja (74 peratus), untuk menyelesaikan tugas harian (65 peratus), atau untuk bercuti pada hujung minggu (36 peratus).


Kajian mendedahkan bahawa lapan daripada sepuluh pemandu Malaysia sudah boleh menerima untuk melihat lebih banyak kenderaan elektrik.


Beberapa sebab penerimaan EV diberikan responden yang termasuklah pengurangan emisi karbon (72 peratus), penjimatan kewangan dengan penggunaan elektrik dan bukannya petrol (49 peratus) dan untuk pengalaman pemanduan yang lebih premium (40 peratus).

 



Walau bagaimanapun, hampir 60 peratus pemandu Malaysia berpendapat bahawa mereka lebih suka menggunakan kenderaan petrol berbanding EV untuk masa akan datang. Antara isu-isu yang diutarakan adalah seperti kebimbangan jarak perjalanan, kos penyelenggaraan dan kesukaran mengecas kenderaan.

 

BMW mengatakan bahawa isu-isu ini adalah "kebimbangan semalam" atau kebimbangan masa lalu kerana teknologi yang digunakan pada EV dan juga kelengkapan ekosistemnya (termasuklah rangkaian pengecasan) sudah pun maju.

 

Berkaitan dengan isu jarak perjalanan, BMW memaklumkan bahawa kereta-kereta terbaharu daripada syarikat mereka kini memiliki jarak perjalanan elektrik yang hebat sehingga mampu mencapai 425 km, misalnya pada iX xDrive40.  Tambah BMW, pengecasan semula hanya perlu dilakukan sekali setiap dua ke tiga minggu. Anggaran ini adalah berdasarkan tahap penggunaan kenderaan kebanyakan rakyat Malaysia iaitu kira-kira 20 km sehari.

 

Sistem pengecasan BMW I Wallbox misalnya, dapat mengecas penuh kereta dalam jangka masa hanya semalaman, selain kenderaan tidak perlu dicas dengan kerap. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gangguan dalam penggunaan seharian.  BMW Group Malaysia telah mula mengedarkan sistem pengecas pantas DC ke semua rangkaian pengedar BMW, lokasi awam dan lebuh raya.



Ada juga yang mengatakan kos penyelenggaraan EV adalah jauh lebih tinggi (41 peratus responden). Bagi menjawab isu ini, BMW berkata, kos untuk menyelenggara EV sebenarnya lebih rendah kerana kereta tidak memiliki banyak komponen yang perlu diservis.

 

Menurut syarikat, kenderaan elektrik menggunakan pek bateri modular, oleh itu kos pembaikan bateri adalah jauh lebih rendah kerana pemilik hanya perlu menggantikan modul yang rosak dan bukannya keseluruhan bateri.

 

Bukan itu sahaja, BMW turut menawarkan jaminan bateri selama lapan tahun/jarak perbatuan 160,000 km untuk EV yang dikeluarkan syarikat mereka.  Laporan turut mendedahkan bahawa jaminan bateri (39 peratus) dan juga servis selepas jualan yang cemerlang (35 peratus) adalah dua sebab utama yang menarik pemandu untuk beralih kepada kenderaan elektrik.

 

Dengan 45 peratus responden mengatakan kos sebagai masalah, sokongan kerajaan melalui bajet 2022 untuk penggunaan EV dengan menurunkan cukai bagi kenderaan ini memainkan peranan penting untuk mendorong pembeli menggunakan EV.

 

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Viser berkata, " Kesedaran dan keterujaan ditunjukkan terhadap mobiliti lestari adalah amat menggalakkan. Pemandu Malaysia melihat EV sebagai gerbang kepada pengalaman pemanduan yang lebih premium.

 

"Sebagai perintis dalam mobiliti elektrik di Malaysia dan setelah berada dalam bidang ini sejak tahun 2015, kami dapat melihat bagaimana sambutan dan semangat pemandu Malaysia untuk beralih kepada EV namun begitu, mereka masih sangsi dengan isu-isu yang menyelubunginya – semuanya kami sedang tangani dengan aktif."

 

Beliau menambah, “Selain memperkenalkan kenderaan yang terbaik daripada BMW i, kami juga telah membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan secara proaktif.

 

"Kami dapat mengubah persepsi bakal pemilik EV di Malaysia dengan adanya kemajuan ketara yang telah dibuat."

Gallery

Tag:

bmw
ev
electric car
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026