Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fiat Tayang Barisan Jenteranya Yang Serba Merah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Fiat telah mengumumkan kerjasama yang meluas dengan sebuah organisasi  RED sekali gus mendorongnya untuk menghasilkan portfolio serba merah.

Biarpun, ia mungkin bukan pilihan terbaik untuk kereta berkelajuan tinggi namun kami menganggap versi RED baharu memang kelihatan ideal


Untuk makluman, penapis udara kabin dalam semua kenderaan FIAT dilengkapi dengan bahan biosid. Ia dikatakan mampu membasmi bakteria dengan begitu berkesan.

Pelanggan juga akan menerima Welcome Kit yang merangkumi  yang termasuk dispenser yang direka khas dan penutup asas.

Namun anda kena tahu, bukan semua kereta Fiat didatangkan dengan warna merah. 


Ini kerana  Tipo (RED) hadir dalam beberapa pilihan warna lain seperti Gelato White, Colosseo Grey, dan Cinema Black.

Tetapi perumah cermin belakang kesemua pilihan warna ini adalah warna merah.



Bagaimanapun, Fiat 500X juga hadir dalam trim merah, disusuli dengan Panda dan Tipo. 

Difahamkan, 500X akan didatangkan  dengan teknologi baharu iaitu "Sanitizing Glove Box,".



Menurut Fiat, teknologi baharu itu memerlukan pemasangan lampu UV-C di dalam kotak sarung tangan berkenaan. Ia bertujuan untuk mensterilkan barangan yang terdedah kepada bakteria.

Ini termasuk telefon pintar, kunci dan item biasa lain yang muat dalam kotak terbabit.

Kerja-kerja pensterilan dikatakan hanya mengambil masa selama tiga minit. Ia akan mengeluarkan bunyi beep sebaik ia selesai melakukan sinaran elektromagnet.

Syarikat itu turut mendakwa bahawa hanya dalam satu saat dan jarak dua sentimeter, lampu UV-C mampu memusnahkan lebih 99 peratus virus dan bakteria yang ada pada permukaan objek terdedah.

Balik kepada 500X, menjengah bahagian luarannya, ia tampil dengan lencana "500" yang baharu, tertera perkataan "FIAT" baharu dan terdapat juga logo baharu di bahagian belakang.

Bagi mereka yang tidak tahu, RED merupakan organisasi yang diasaskan oleh Bono dan Bobby Shriver yang telah menyumbangkan lebih daripada $500 juta untuk memerangi penyakit AIDS.  

Pada masa ini, kumpulan berkenaan turut mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Setiap jualan disumbangkan kepada Dana Global, dimana mereka telah berjaya mengumpulkan kira-kira $700 juta. 

Susulan itu, lebih 220 juta orang telah mendapat manfaat daripada usaha murni organisasi berkenaan.

Seperti yang dijelaskan oleh (RED), dana yang dikumpul bersama rakan kongsi mereka akan disalurkan terus untuk membina sistem penjagaan kesihatan dan membantu aktiviti menyelamatkan nyawa dalam komuniti yang teruk dilanda wabak itu.




back lo

Gallery

Tag:

fiat
RED
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026