- Berita
- Teknologi
- Honda Cipta Sistem Keselamatan Canggih Untuk Capai Sifar Kemalangan Maut
Honda Cipta Sistem Keselamatan Canggih Untuk Capai Sifar Kemalangan Maut
![]()
Honda Motor Co., Ltd. mengadakan tayangan perdana dunia mengenai teknologi keselamatan canggih yang dikatakan mampu mengelakkan risiko kemalangan.
Inisiatif ini adalah untuk mencapai matlamat Honda untuk merealisasikan ‘sifar kemalangan maut” yang melibatkan motosikal dan kereta Honda di seluruh dunia menjelang 2050.
Ia menggunakan dua teknologi utama ialah 'Teknologi Bantuan Pemandu Pintar' dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yangpertama di dunia dan yang kedua ialah 'Teknologi Rangkaian Selamat dan Bunyi'.
Teknologi yang digunakan jenama berlambang huruf H ini bertujuan untuk membantu masyarakat bebas dari risiko kecelakaan lalu lintas.
Secara ringkasnya, teknologi yang pertama itu memberikan bantuan bersesuaian dengan keupayaan dan situasi setiap individu itu bagi mengurangkan kesilapan dan risiko pemanduan.
Langkah ini dilihat dapat membantu pemandu mencapai pemanduan yang lebih selamat.

Bagi teknologi kedua pula, ia menghubungkan pengguna jalan raya dan kereta melalui telekomunikasi yang mana ia akan memberi isyarat risiko yang boleh berlaku sekali gus dapat mengelakkan kemalangan.
Presiden dan Wakil Pengarah Honda Motor Co., Ltd, Keiji Ohtsu berkata, pihaknya berusaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Oleh itu, Honda menawarkan ciri keselamatan dan pemanduan yang tenang untuk setiap pemandu jalan raya yang merupakan satu nilai yang baharu.
“Dengan menggunakan teknologi keselamatan masa depan kami, yang merangkumi nilai baharu itu, Honda akan berusaha ke arah merealisasikan ‘sifar kemalangan maut akibat kemalangan’ yang melibatkan motosikal dan kereta Honda di seluruh dunia menjelang 2050,” katanya.
Menyentuh mengenai teknologi bantuan pemandu pintar, ia bertujuan untuk mencapai sifar kecuaian manusia menerusi kajian asalnya yang berasaskan fMRI
Teknologi Bantuan Pemandu Pintar' bertujuan untuk 'sifar kesilapan manusia' melalui kajian asalnya berasaskan fMRI tentang otak manusia dan analisis tingkah laku.
Sistem tersebut menunjukkan kesilapan pemanduan berdasarkan data yang diperoleh melalui kamera pemantauan pemandu dan corak pengendalian pemanduan.
Teknologi ini dibangunkan untuk membolehkan setiap pemandu dapat mengurangkan kecuaian pemanduan dan merasai pemanduan tanpa rasa bimbang.
Lazimnya, ia menggunakan sensor dan kamera ADAS untuk mengenali potensi risiko di sekeliling kenderaan yang membolehkan AI mengesan risiko pemanduan.
Pada masa sama, AI menentukan tingkah laku pemanduan pada masa nyata dan seterusnya menawarkan bantuan yang sesuai dengan keadaan kognitif serta situasi trafik.
Dikatakan fungsi bantuan pemandu generasi seterusnya yang kini dalam penyelidikan dan pembangunan, menyebabkan Honda berusaha untuk menawarkan nilai baharu ‘tanpa kesilapan”.

Ia dibahagikan kepada tiga sub nilai iaitu bantuan operasi atau ‘tiada kesilapan pengendalian pemanduan. Ini bermakna kenderaan itu menawarkan bantuan berasaskan AI untuk mengurangkan drift dan mengelakkan kelewatan dalam operasi.
Yang kedua ialah tiada kecuaian atau Bantuan Kognitif dimana kenderaan akan mengeluarkan amaran mengenai risiko melalui visual, deria sentuh dan bunyi.
Ciri ketiga pula, tiada kecuaian disebabkan tidak memberi perhatian sepenuhnya. Ciri ini dikatakan dapat mengurangkan keletihan dan mengantuk pemandu.
Apa yang menarik, sistem ini mampu mengenal pasti situasi dan keadaan sekeliling setiap pemandu.
Melalui rangkaian komunikasi, data-data risiko dalam persekitaran trafik akan dikumpul dan meramalkan apa yang akan berlaku dengan menggunakan penghasilan semula persekitaran lalu lintas menerusi ruang maya.
Maknanya, ruang maya itu mengambil kira keadaan dan ciri setiap pemandu.

Maka, sistem berkenaan akan meramalkan dan mensimulasikan tingkah laku pengguna jalan raya yang berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan.
Susulan itu, sistem berkenaan akan memperoleh maklumat sokongan yang paling sesuai, dan akan memaklumkan kepada pemandu untuk mengambil langkah bagi mengelak daripada terlibat dalam kemalangan.
Malah, maklumat sokongan sedemikian disampaikan secara intuitif kepada pemandu kereta, penunggang motosikal dan pejalan kaki melalui mesin antara muka manusia, (HMI).

Untuk rekod, sistem ini memperoleh semua data yang disimpan daripada kamera tepi jalan, kamera papan pemuka dan telefon pintar.
Di sebalik teknologi itu, Honda menyasarkan untuk mengembangkan pengenalan Honda SENSING 360, sistem bantu pemandu omnidirectional baharu, untuk digunakan pada semua model yang akan mula dijual di semua pasaran menjelang 2030.
Honda juga dikatakan meneruskan usaha untuk mengembangkan aplikasi fungsi pengesanan motosikal dan meningkatkan lagi fungsi ADAS.
Honda juga sedang menaik taraf aplikasi teknologi keselamatan untuk motosikal dan menawarkan teknologi pendidikan keselamatannya (Honda Safety EdTech).
Apapun, Honda sememangnya mahu mengurangkan kemalangan maut secara global yang turut melibatkan motosikal Honda dan kereta menjelang tahun 2030.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

