Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAA Dakwa Harga Kereta Naik Sekitar Lapan Hingga 20 Peratus

Suhana Veru

Kongsi melalui

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan bahawa harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD)  dijangka  meningkat sekitar lapan hingga 20 peratus mulai tahun hadapan.

Perkara itu disahkan Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan MAA di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, pagi tadi

Jangkaan itu dibuat sekiranya kerajaan memilih untuk tidak melanjutkan tempoh pengecualian duti eksais kenderaan baharu.

Untuk rekod, duti eksais sebenarnya telah ditangguhkan pada  tahun 2020 sehingga penghujung 2022.


Maka, ia akan dilaksanakan semula bermula tahun 2023.

“Oleh itu, pihak industri telah meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada Kementerian Kewangan (MOF) supaya mengembalikan polisi lama.

“Buat masa ini, kerajaan masih belum memberi respons mengenai permohonan berkenaan,” ujarnya. 

Jika kerajaan bersetuju mengembalikan polisi lama, maka ia hanya akan mengambil kira kos pembuatan yang mana langkah itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan harga kenderaan.

"Sebaliknya jika kerajaan tidak melanjutkan tempoh pengecualian duti eksais maka, semua kenderaan CKD akan meningkat lapan hingga 20 peratus," tambahnya.


Tag:

MAA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu

Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.

21-01-2026
Berita Auto

Harga Kereta CKD Kekal - MAA

Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.

21-01-2026
Berita Auto

Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?

Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.

30-12-2025
Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.

27-12-2025
Berita Auto

Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai

Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.

23-12-2025
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.

26-08-2025
Berita Auto

MAA Dedah Data Jualan Kereta Dari Jan - Ogos 2024

Jualan kereta Januari hingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 533,301 unit dimana angka jualan itu dilihat meningkat 6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

19-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026