Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda3, Mazda CX-3 & Mazda CX-30 Versi 2022 Lebih Canggih Dan Bergaya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bermaz Motor telah melancarkan barisan kereta Mazda terbaharu bagi tahun 2022 yang telah dikemaskini dengan pelbagai teknologi dan diberikan sentuhan baharu bagi Mazda3, Mazda CX-3 dan Mazda CX-30.





Ketiga-tiga model ini dihasilkan sepenuhnya di negara Jepun.  Harga untuk kesemua model CBU ini termasuk pengurangan cukai jualan (SST) sebanyak 50% yang sah hingga 30 Jun. Jom kita lihat spesifikasi dan harga untuk setiap model.


Mazda3:

 

Harga bermula daripada RM138,660 - RM138,660. Mazda3 kini dilengkapi teknologi sambungan yang lebih baik untuk  bagi varian 1.5L, 2.0L Liftback dan Sedan. Pengguna boleh menyambungkan Apple CarPlay dan Android Auto kepada skrin sentuh bersaiz 8.8 inci dengan menggunakan port USB yang terletak di konsol tengah dan tempat letak tangan.

 



Dari segi rekaan, kit baharu "Ignite Edition" hanya ditawarkan untuk model 2.0 Liftback. Kit ini hadir dengan perumah cermin sisi berwarna hitam berkilat, rim aloi 18 inci dalam warna hitam metalik, dan tempat duduk upholsteri kulit dalam warna Burgundy. Untuk teknologi, ia dilengkapkan dengan paparan pandangan 360 darjah.


Mazda3 Ignite Edition turut dilengkapkan dengan ciri keselamatan i-Activesense yang terbaharu merangkumi Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan sokongan ciri Pemantauan Pemandu serta Sokongan Jelaja & Trafik (CTS).


Mazda3 ditawarkan dalam warna Soul Red Crystal, Machine Grey, Jet Black, Snowflake White Pearl, Polymetal Grey, Deep Crystal Blue (Liftback sahaja) dan Platinum Quartz (warna baharu).

 

Mazda CX-3:


Mazda CX-3 ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM131,929. Sepertimana Mazda3 dan CX-30, model ini kini memiliki kemampuan sambungan yang lebih baik.



Ia dilengkapi Apple CarPlay, Android Auto, pengecas tanpa wayar Qi, paparan berskrin sentuh bersaiz 8 inci dan juga sistem amaran peringatan tali pinggang depan dan belakang.



Spesifikasi asas kereta ini masih dikekalkan seperti rekaan sudut depan kereta, lampu LED depan dan belakang, kawalan G-Vectoring, bumbung suria elektronik, serta beberapa ciri keselamatan lain seperti Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan Pemantau Pemandu, Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) dan Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS). 


Ditawarkan secara standard untuk SUV kompak ini ialah kamera undur pandangan 360 darjah.

 

Model ini hadir dalam enam warna iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Polymetal Gray, Deep Crystal Blue, dan warna baharu Platinum Quartz.

 

Mazda CX-30:

 

Boleh dibeli pada harga RM145,759, Mazda CX-30 juga menerima naik taraf yang sama dari segi sambungan iaitu sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui port USB. CX-30 turut ditawarkan dalam versi "Ignite Edition" untuk kedua-dua konfigurasi 2WD dan AWD.



Dua model baharu ini didatangkan dengan cermin sisi automatik berwarna hitam dan juga rim aloi bersaiz 18 inci.

 

Bergerak ke bahagian dalam, tema "Ignite Edition" dapat dilihat melalui penggunaan warna Burgundy untuk tempat duduk kereta bersama-sama dengan kemasan berwarna hitam. Kereta turut dilengkapkan dengan paparan 360 darjah.



Bagi model yang lebih tinggi, CX-30 memiliki kesemua ciri i-Activsense. "Ignite Edition" kini dilengkapi dengan sistem Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan sokongan ciri Pemantauan Pemandu serta Sokongan Jelajah & Trafik (CTS).


Terdapat tujuh warna untuk dipilih iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Jet Black, Deep Crystal Blue, Polymetal Gray dan Platinum Quartz.


Kesemua Mazda serba baharu ini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun mengikut keperluan, termasuklah tenaga kerja, alat ganti dan pelincir (tidak termasuk trak pikap BT-50).


Kedua-dua jaminan pengeluar dan penyelenggaraan percuma mempunyai tempoh perlindungan selama 5 tahun dan had perbatuan sejauh 100,000 km, yang mana lebih awal.


Gallery

Tag:

#mazda3
Mazda
MazdaCX-3
MazdaCX-30
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

28-10-2023
Kereta Baru

11-10-2023
Berita Auto
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
EV

12-02-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

23-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026