Link Copiedcheck_circle
EV

Temui Volvo XC40 Recharge Pure, Harganya Masih Misteri!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik untuk peminat kereta Volvo.

Ini kerana Volvo Car Malaysia baru sahaja  memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya versi pemasangan tempatan, XC40 Recharge Pure Electric di ibu negara, pagi tadi.

Untuk makluman anda, EV Volvo ini dipasang secara tempatan  (CKD) di Shah Alam, Selangor.

Selain untuk pasaran tempatan, jentera yang dipasang di negara ini akan turut dieksport ke pasaran ASEAN tidak lama lagi.

Nampaknya, usaha itu adalah sebahagian sasaran syarikat untuk mempercepatkan transformasi ke arah elektrifikasi menerusi sumbangan 75 peratus barisan EV menjelang tahun 2025 di Malaysia.

“Volvo Car Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan global Volvo untuk mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, bermula iaitu bermula dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric.

“Oleh itu, menjelang pertengahan dekad, kami menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan kitaran hayat emisi karbon dioksida untuk setiap kereta sekurang-kurang 40 peratus,” kata Pengarah Urusan Volvo, Charles Frump.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran XC40 Recharge Pure Electric di ibu negara, pagi tadi.


Menjengah kenderaan utiliti sukan kompak ini, ia menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya dengan pacuan semua roda.

Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 kilometer hanya dengan sekali cas.

Malah, dua motor elektrik yang ada pada jentera ini membolehkannya ia menghasilkan 408hp dan tork 660Nm.

Ini bermakna, ia akan menghantar kuasa kepada keempat-empat roda. 


Malah, Volvo Car Malaysia turut mendakwa bahawa ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam 4.9 saat dengan sifar pelepasan karbon dioksida.

Sementara itu, bateri kembarnya boleh dicas hingga 80 peratus hanya dalam 33 minit dengan menggunakan pengecas pantas DC 150kW.


Sedikit maklumat mengenai bahagian luarannya. Ia dipadankan dengan gril hadapan yang tertutup sepenuhnya, lampu hadapan dan belakangnya jenis LED.

Ia juga menawarkan fungsi pintu tailgate belakang berkuasa elektrik, kluster instrument digital bersaiz 12.3 inci, sistem infotainmennya terbina dalam Google dan ruang but seluas 413 liter.

Model elektrik ini juga menawarkan ruang kargo tambahan sebesar 31 liter pada but hadapan kerana ia tidak mempunyai enjin.

Bagaimanapun, Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini boleh dilihat di semua pengedar sah Volvo bermula 4 April ini.

Oleh itu, penghantaran SUV elektrik ini akan bermula pada hujung April 2022. 

Namun, harga Volvo XC40 Recharge Pure Electric serba baharu ini masih kekal misteri kerana harganya akan diumumkan pada 4 April nanti.

Biarpun, harganya masih belum didedahkan namun pelanggan sudah boleh membuat tempahan dalam talian pada hari yang sama.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Volvo www.volvocars.com/my .



Tag:

Volvo XC40 Recharge
Volvo Malaysia
Volvo EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Volvo Namakan Semula C40 Recharge kepada EC40

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menamakan semula Volvo C40 Recharge kepada EC40 untuk model tahun 2025.

26-02-2025
Berita Auto

Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.

15-04-2024
Berita Auto

SAH: Volvo Car Malaysia Akan Eksport Kereta EV Ke Filipina, Vietnam

Volvo Car Malaysia (VCM) akan mengeksport model-model elektrik penuh (EV) yang dipasang di Shah Alam, ke Filipina dan Vietnam pada tahun ini.

03-02-2023
Berita Auto

Pelantikan Gao Feng Sebagai Pengarah Urusan Baharu Volvo Car Manufacturing Malaysia

Volvo Car Manufacturing Malaysia semalam mengumumkan pelantikan Gao Feng sebagai Pengarah Urusan baharu.

14-06-2022
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Tutup Tempahan XC40 Recharge Pure Electric

Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan secara dalam talian untuk model XC40 Recharge Pure Electric terpaksa ditutup.

01-06-2022
Berita Auto

Volvo Serahkan SUV XC40 Electric Kepada 65 Pelanggan Pertama Di Malaysia

Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyerahkan kelompok pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau XC40 EV kepada pembeli Malaysia.

25-04-2022
Pandu Uji

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo

Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.

23-03-2022
Tips

Bagaimana Toyota Harrier Bersaing Dengan Pendahulu Dan Pesaingnya!

Sejak April lalu, pasaran tempatan sudah mengalu-alukan kehadiran generasi keempat Toyota Harrier.

23-06-2021

Berita Terkini

EV

Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!

Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.

07-08-2025
EV

BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM

BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025.

07-08-2025
EV

Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal

Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.

07-08-2025
EV

Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Mercedes-Benz bakal memperkenalkan model GLC generasi seterusnya dengan teknologi elektrik, dinamakan ‘Mercedes-Benz GLC with EQ Technology’.

06-08-2025
EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025