Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PETRONAS Raih Untung Bersih RM48.6 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2021

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Petronas mencatat keuntungan bersih sebanyak RM48.6 bilion untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2021 dengan perolehan sebanyak RM248.0 bilion.

 

Prestasi yang baik ini didorong oleh pemulihan permintaan terhadap tenaga dan juga kelonggaran sekatan perjalanan di peringkat global.

 

Pada tahun 2020, kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM21.0 bilion namun berjaya mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi iaitu RM48.6 bilion untuk tahun kewangan 2021.  Perolehan semasa yang berjaya diraih sebanyak RM248.0 bilion adalah disebabkan oleh impak harga yang menggalakkan untuk produk utama sejajar dengan purata harga realisasi yang lebih tinggi.




Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak RM100.5 bilion, manakala , aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) meningkat kepada RM78.6 bilion. Jumlah aset meningkat sebanyak RM635.0 bilion sehingga 31 Disember, 2021 berbanding RM574.1 bilion pada tahun sebelumnya. 


Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM350.9 bilion sehingga 31 Disember, 2021 berbanding RM330.6 bilion pada tahun 2020. Perbelanjaan modal pada tahun tersebut ialah sebanyak RM30.5 bilion, terutamanya berikutan projek huluan. 


Sementara itu, berdasarkan analisis suku keempat 2021, Petronas berjaya mengumpulkan perolehan mencecah RM76.6 bilion, peningkatan sebanyak RM44.0 bilion berbanding perolehan tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya.  EBITDA turut menunjukkan peningkatan kepada RM28.1 bilion berbanding RM11.9 bilion. Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM13.4 bilion berbanding kerugian sebanyak RM1.1 bilion pada suku keempat 2020.




Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, "Tahun 2022 dijangka akan menjadi tahun yang bermakna untuk Petronas melangkah ke hadapan bagi mencapai sasaran ditetapkan, terutama menjadi rakan kongsi penyelesaian dan tenaga terbaik.


“Menerusi strategi pertumbuhan serampang tiga mata dan Net Zero Carbon Emissions 2050, Petronas komited untuk terus memastikan tenaga dapat dihasilkan dan disediakan secara mampan,” katanya.


Tag:

Petronas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

01-04-2025
Berita Auto

PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.

01-04-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

04-11-2024
Berita Auto

Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini

Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.

06-03-2024
Berita Auto

Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).

02-02-2024
EV

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...

29-12-2023
Berita Auto

Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar daripada lima universiti terkemuka Malaysia.

29-03-2023
Berita Auto

Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas pantas DC 180kWj (90kWj x 2) Petronas R&R Gambang Arah Timur kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

10-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026