Link Copiedcheck_circle
Global

Taycan 4S Cross Turismo Lalui Laluan Mulholland Drive

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengarah filem dan pemandu kereta lumba Porsche, Jeff Zwart tidak melepaskan peluang merasai pemanduan model sport kenderaan elektrik, Taycan 4S Cross Turismo di sekitar jalan  Mulholland Drive, Amerika Syarikat.

Dibuka pada tahun 1924, ada yang mendakwa bahawa jalan ini dibina semata-mata untuk laluan rekreasi.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa ia direka khas untuk pemandu yang mahu mencuba kenderaan mereka di selekoh tajam dan menguji sistem kawalan  cengkaman kenderaan.

Bermula dari papan tanda yang tertera Hollywood, laluan ini menelusuri Bukit Hollywood dan kemudian kawasan pergunungan Santa Monica.

Untuk pengetahuan anda, laluan ini sememangnya sudah terkenal dalam filem selain menjadi kawasan penginapan bagi kebanyakan bintang terkenal .

Laluan ini juga dikatakan mempunyai sejarah tersendiri kerana pernah dikaitkan dengan aktiviti perlumbaan haram.

Bagaimanapun, laluan Mulholland ini turut menyimpan kisah Porsche di California.

“Pada mulanya, laluan ini dikelilingi dengan bangunan dan kesesakan. Tetapi ia kini bersifat terbuka dan kebanyakan kenderaan sudah mula menelusui laluan ini.

‘Kereta berkelajuan tinggi (Porsche) kelihatan tidak melepaskan peluang untuk merasai setiap selekoh tajam di sini,” kata Zwart.

Bermula dari tahun 1950 hingga 1970, Mulholland menjadi satu tarikan kepada pelumba jalanan dan bagi pemandu yang mengejar pemanduan yang agak berbahaya.

Susulan itu, ia digelar sebagai Litar Lumba Mulholland iaitu Jalan Raya Amatur Terbesar.

Ia juga memiliki sejumlah selekoh tajam yang dikenali sebagai Deadman’s Curve, Grandstands dan Chicanes. 

Di sebalik itu, model Porsche terutama 911 sememangnya gemar menguji ketangkasan kereta itu di laluan berkenaan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, laluan ini yang dibuka untuk orang awam menyebabkan pihak polis sentiasa memantau jalan raya berkenaan kerana sering kali menjadi litar lumba.

Namun itu tidak menjadi penghalang untuk ramai melakukan pemanduan dan menguji setiap selekoh di kawasan berkenaan.

Di sepanjang laluan 80 kilometer itu, terdapat bahagian jalan yang tidak berturap sehingga 13 kilometer sekali gus menggangu sedikit pemanduan.

Pemanduan eksklusif ini dikatakan mempunyai kebenaran bagi menguji jentera elektrik pacuan empat roda, Taycan 4S Cross Turismo.


Apapun, di sebalik pemanduan jentera ini adalah Zwart yang mempunyai pengalaman dalam perlumbaan termasuk di kawasan bukit, Pikes Peak yang dipenuhi dengan batu kelikir.

Sebelum memulakan pemanduan,  Zwart memilih mod Kerikil khas Cross Turismo, yang meningkatkan ketinggian perjalanan kereta yang membantu meringankan pemanduan untuk laluan yang mencabar.

“Memandu sebuah kereta elekrik di kawasan batu kelikir seolah-olah impian sudah menjadi kenyataan.

“Ia memang mempunyai kuasa yang luar biasa dan keupayaan kereta ini sebenarnya memberikan anda keseronokan untuk menerokai pemanduan mencabar,” ujarnya lagi.

Menurutnya, sungguh mengagumkan apabila dalam sebuah bandar sesak seperti Los Angeles memiliki satu laluan sepanjang 80 kilometer.

“Ia sebuah laluan yang cukup mengujakan dan akhirnya ia akan berakhir di destinasi anda,” tambahnya.


Gallery

Tag:

Porsche
Porsche Taycan Cross Turis
Taycan Cross Turismo
Taycan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

09-06-2025
Global

22-05-2025
Global

29-04-2025
Teknologi

27-03-2025
Global

13-03-2025
Global

11-03-2025
Global

18-02-2025
EV

03-02-2025

Berita Terkini

Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Global

Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,

17-06-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...

16-06-2025