Link Copiedcheck_circle
Global

Meraikan Kemenangannya, Ford Tayang GT 40 Alan Mann Heritage Edition

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi memberi penghormatan kepada kereta lumba eksperimen ringan Ford GT 1966 Alan Mann Racing, Blue Oval menayangkan Ford GT40 Alan Mann Heritage Edition.

Kenderaan edisi ultra terhad yang dipamerkan pada Pameran Auto Chicago 2020 baru-baru ini meraikan legasinya  sebagai sebuah kenderaan prototaip dalam sejarah pembangunan Ford GT.


Pengarah Program Ford GT, Mike Severson berkata, Ford GT Alan Mann Heritage Edition memberi penghormatan kepada kenderaan yang membantu Ford untuk mencapai kemenangannya.

“Ford GT yang menampikan livery luaran berwarna merah dan emas sebenarnya diilhamkan oleh Perlumbaan Alan Mann yang membawa kepada sejarah  kemenangan Le Man,” katanya.

Sebagai permulaan sekitar tahun 1965 hingga 1966, pasukan perlumbaan Alan Mann dikatakan menggunakan material ringan untuk menghasilkan AM GT-1, manakala kereta kedua pula dicipta berdasarkan GT Mk I.

Biarpun kedua-dua prototaip ini tidak memenangi perlumbaan besar namun tahukah anda penggunaan material ringan jentera berkenaan pernah membantu Ford GT Mk II menang dalam perlumbaan Le Mann pada tahun 1966.

Bagi mempertahankan kelahirannya,  kerangka kereta lumba Ford GT Heritage Edition masih menggunakan gentian fiber karbon dan dihiasi dengan warna dan jalur perlumbaan yang diinsiprasikan oleh AM GT-1.

Selain menggunakan warna merah unik Alan Mann dengan grafik berwarna keemas an, nampaknya edisi ultra terhad ini juga mengandungi beberapa hiasan lain.

Apa perkara yang paling ketara dilihat ialah jalur perlumbaan dua warna di atas bumbungnya, jalur akses warna putih dan terdapat bulatan yang tertera dengan nombor 16 di bahagian pintu, hud dan sayap belakang.

Terdapat juga kemasan gentian karbon terdedah yang boleh didapati pada bahagian splitter, side sill, rim gentian karbon 20-inci cermin sisi, bukaan liang udara pada bahagian enjin, serta diffuser belakang.


Malah, kaliper brek Brembonya juga dihiasi dengan grafik merah dan hitam serta digandingkan dengan nat hitam bagi memodenkan lagi nilai estetikanya.

Menjengah bahagian kabinnya, elemen gentian karbon masih lagi diteruskan dalam ruang dalamannya kerana konsol sil pintu dan pillarmya juga dihiasi dengan kemasan gentian karbon.


Kemasan ruang kabin model GT Heritage Edition ini didatangkan dengan tempat duduk yang dibalut dengan karbon fiber Ebony Alcantara dan jahitan akses merah dan penyandar kepalanya juga turut dihiasi dengan logo GT.

Sementara itu, panel instrumennya  dibaluti dengan kulit Ebony dan Alcantara manakala bahagian pillar dan siling kabin (headliner) juga dibaluti dengan Ebony Alcantara.

Bahagian roda stereng, bezel pintu dan pendakap tempat duduknya juga dibaluti dengan elemen karbon fiber.

Pendek kata, kesemua bahagian kabinnya dibaluti dengan elemen karbon fiber.

Bagi menyempurnakan bahagian dalamannya, roda sterengnya juga dihiasi dengan kemasan jahitan berwarna hitam manakala paddle shifternya juga dipadankan dengan warna merah Alan Mann.

Sementara itu, Pengarah Alan Mann Racing, Henry Mann menyifatkan ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk Perlumbaan Alan Mann Racing dan keluarga Mann bagi meraikan warisan sukan permotoran epik Ford GT dengan kereta edisi terhad yang hebat ini.

“Bagi menyaksikan livery warna merah dan keemasan ini dihidupkan semula, oleh itu kami menayangkan GT baharu ini bersama salah satu daripada GT40 asal kami di Chicago.

Ia  akan menjadi satu peristiwa yang istimewa,” katanya.

Secara kumulatif, Edisi Heritage Ford GT Alan Mann 2022 merupakan pengeluaran edisi terhad ultra yang ketujuh termasuk yang berikut:

Pertama, Ford GT Heritage Edition 2006 yang  pernah memenangi empat edisi 24 Hours of Le Mans pada 1966 hingga 1969.

Kedua, Ford GT ’66 Heritage Edition (2017) – Jentera bernombor 2, Ford GT40 Mk II yang dipandu oleh  Bruce McLaren dan Chris Amon pernah memenangi perlumbaan Le Mans pada tahun 1966.

Ketiga, Ford GT ’67 Heritage Edition (2018) – Jentera bernombor 1 Ford GT40 Mk IV pernah menjadi juara pada perlumbaan Le Mans pada tahun 1967.

Keempat Ford Ford GT ’68 Heritage Edition (2019) – Jentera bernombor 9 ini, Ford GT40 MK I pernah memenangi Le Mans pada tahun 1968.

Kelima Ford GT ’69 Heritage Edition (2020) – Jentera bernombor 6,  Ford GT40 Mk I menjuarai perlumbaan Le Mans pada tahun 1969.

Keenam -  Ford GT Heritage Edition (2021) – Jentera bernombor 98, Ford GT40 Mk II yang dipandu oleh  Ken Miles dan Lloyd Ruby telah mendominasi perlumbaan tersebut dengan kemenangan 1-2-3-5 di Daytona pada 1966.

Dikhabarkan, Ford GT Alan Mann Heritage Edition 2022 akan dijual kepada para pelanggan Ford GT yang terpilih.

Begitupun, penghantaran pertama jentera ini hanya akan dilakukan pada tahun ini.


Gallery

Tag:

Ford
Ford GT40
GT40
Ford GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Global
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global
Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global
Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global
BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global
Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global
Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025