Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Malaysia Buka Pra-Tempahan Untuk BMW i4 eDrive40 M Sport – Harga RM 389,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Malaysia mula membuka tempahan untuk BMW i4 xDrive40e M Sport yang pertama di Malaysia selepas dilancarkan Januari yang lalu.


Model ini ditawarkan pada harga RM 389,800, atas jalan, tanpa insurans. Untuk pembelian,BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan Pelan pembiayaan Easy Drive dengan bayaran ansuran bermula daripada RM 4,306 berdasarkan pinjaman sebanyak 80 peratus, untuk tempoh pembiayaan selama 5 tahun.




Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Kami teruja untuk membawa masuk BMW i4 eDrive40 M Sport yang pertama ini ke dalam pasaran Malaysia. Model ini mengekalkan ciri rekaan sebuah kereta kontemporari BMW Gran Coupe empat pintu, dan dalam masa yang sama menjadi contoh kehebatan dan kecekapan luar biasa yang mampu diberikan oleh sebuah BMW eDrive generasi kelima.”

BMW i4 menggunakan motor elektrik tunggal dengan kuasa 340 hp dan tork 430 Nm yang menggerakkan tayar belakang melalui transmisi satu kelajuan. Ia boleh melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat, hampir sama dengan BMW 430i yang dilancarkan tahun lalu dengan masa 5.8 saat.




Menggunakan bateri berkapasiti 83.9 kWh, BMW i4 eDrive40 boleh menempuh perjalanan sejauh 590 km.. Baterinya boleh dicas penuh dalam masa hanya 8.5 jam menggunakan pengecas arus ulang-alik (AC) 11 kW. Untuk pengecasan lebih pantas, boleh menggunakan pengecas arus terus (DC) 200 kW yang boleh mencapai 80 peratus dalam masa hanya 31 minit. Bateri i4 hadir dengan waranti selama 8 tahun/160,0000 km.

Mengenai rekaannya, antara ciri menarik yang terdapat pada bahagian luar kereta ialah kit badan M Sport, lampu laser BMW, roda M Aerodynamic bersaiz 19 inci serta brek M Sport. 





Bergerak ke bahagian dalam, terdapat sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sistem operasi iDrive 8 serta paparan bersaiz 14.9 inci untuk kluster.

Ciri menarik lain ialah sistem audio Harman Kardon 17 speaker, paparan-di-kepala, pendingin udara 3 zon, bumbung suria panoramik dan juga pengecas tanpa wayar. 




BMW i4 eDrive40 M Sport ditawarkan dalam warna hitam, putih dan kelabu. Warna-warna seperti San Remo Green, M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey pula bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sementara itu, kabin kereta pula tampil dengan upholsteri kulit berwarna hitam, mocha dan merah.


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW i4 eDRive M sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026