- Berita
- Global
- Daytona SP3 Menang Red Dot: Best of The Best 2022
Menggamit sejarah dan ikon masa depan, Ferrari Daytona SP3 serba baharu ini pasti tidak akan mengecewakan para peminatnya.
Ini berikutan beberapa ciri kenderaan ini telah dinaik taraf termasuk hasil rekaan kerangka yang sungguh menakjubkan.

Hypercar itu adalah model segmen Icona selepas Monza SP1 dan SP2 yang direka semata-mata untuk memberi penghormatan kepada perlumbaan 24 Hours of Daytona 1967.

Ia kemudian dibina berdasarkan kerangka badan jenis Targa dimana kerangka badannya agak melengkung di belakang selain dipadankan dengan bumbung lipat.
Apa yang uniknya, rekaan garis tajamnya dilihat memberi kesan dramatik kerana lampu belakang kelihatan lebih lebar dan disepadukan dengan kotak gear klac berkembar F1 tujuh nisbah kelajuan.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam 2.85 saat manakala 0-200 km/j pula sekitar 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi melebihi 340 km/j.

Untuk makluman, Ferrari Daytona SP3 dikhabarkan baru sahaja memenangi anugerah berprestij tinggi, Red Dot: Best of The Best.

Ia juga membolot empat anugerah pada Anugerah Red Dot: Product Design awards.
Secara keseluruhan, Ferrari Daytona SP3 telah memenangi 23 anugerah Red Dot antara tahun 2015 hingga 2022.
-full.jpg)
Nampaknya, ia mengikuti jejak langkah yang sama seperti FXX-K, 488 GTB, J50, Portofino, Monza SP1 dan SF90 Stradale.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

