- Berita
- Global
- Bronco Dilelong Sebagai Tribut Kepada Keluaran 1966

Sudah menjadi lumrah, kereta klasik sentiasa menjadi perhatian dan rebutan dalam kalangan penggemar kereta.

Tidak terkecuali Ford Bronco 1966 yang dikatakan akan dilelong tidak lama lagi.

Khabarnya, syarikat Ford Motor dan Pusat Pope Francis Detroit mengambil keputusan untuk melelong Bronco Edisi Pertama yang unik itu dalam acara lelongan Barrett-Jackson.
Hasil daripada jualan itu nanti akan disalurkan kepada pusat berkenaan selain membantu golongan gelandangan yang mempunyai masalah penyakit kronik.

"Kami berbesar hati untuk menyokong badan amal yang hebat seperti Pusat Pope Francis. Pihak Pusat Pope Francis memainkan peranan dalam projek ini dalam melontarkan idea dan warna terma jentera ini.
“Akhirnya, ia mendapat sentuhan yang cukup istimewa dimana beberapa ciri moden turut digabungkan pada edisi pertama Bronco,” kata Ketua Pereka Bentuk Ford, Steve Gilmore.

Tetapi apa yang istimewa sangat mengenai Ford Bronco? Di sini, Caricarz dedahkan dengan lebih terperinci:

• Warna putih Wimbledon sudah tidak lagi terdapat pada keluaran Bronco sekarang
• Dipadankan dengan jalur berwarna merah di bahagian sisi dan hud
• Grafik unik pada panel fender hadapan
• Tertera logo Pope Francis Center berwarna merah
• Tempat duduk dan trim panel pintu dilapisi dengan vinil putih
• Dilengkapi dengan pelbagai aksesori daripada Ford Performance Parts.
• Dipasang dengan beg kecil di pintu belakang
• Tali Molle

Bagaimanapun, bukan ini sahaja sejarah yang dimiliki Bronco.

Pada Oktober 1979, Ford pernah menawarkan Bronco 1980 yang diubah suai khas untuk digunakan oleh Pope John Paul II semasa lawatannya ke Amerika Syarikat.

Jentera itu juga berwarna putih, cuma apa yang lain ialah terdapat ruang terbuka di bahagian belakang dan tangga kecil bagi memudahkan Pope berdiri dan berjumpa dengan orang ramai.
Selepas ia digunakan Pope, pemilikan Bronco 1980 diserahkan kepada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

